resepi kek karamel pelangi

Salah satu resepi kombinasi pencuci mulut paling menarik dibuat adalah dengan menggabungkan puding dan kek iaitu resepi Kek Karamel Pelangi.

Lihatlah resepi Kek Karamel Pelangi oleh Nor Al Fatihah Tihah di Facebook ini, hasilnya sangat cantik apabila dipotong. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Cantik Tanpa Gagal, Manis Pun Cukup Rasa!

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI

resepi kek karamel pelangi

Bahan-bahan karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan-bahan puding:

  • 3 biji kuning telur A
  • 2 biji telur A (kuning campur putih)
  • 1 tin (390gm) susu cair atau krimer sejat
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan meringue:

  • 6 biji putih telur
  • ¾ cawan gula pasir
  • 1 sudu teh cream of tartar

Bahan-bahan kek:

  • 3 biji kuning telur A
  • ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan air
  • ¼ cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1½ cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar serbuk penaik*
  • Pewarna merah, kuning, hijau, biru dan ungu

*bahan-bahan bertanda (*) diayak bersama.

Cara-cara membuat:

1. Bagi menyediakan karamel, cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana sehingga perang muda. Jangan dikacau, lenggang-lenggangkan saja loyang sehingga karamel rata dan sejukkan dulu.

2. Bagi menyediakan puding, satukan semua bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk elakkan puding banyak lubang atau rongga udara selepas dibakar dan ketepikan dulu.

3. Bagi menyediakan meringue, pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan high speed sehingga kental dan bertanduk.

4. Satukan telur, gula, air, minyak dan esen vanilla, pukul sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama, pukul lagi sehingga sebati.

5. Masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek, kaup balikkan dari bawah ke atas. Apabila sudah rata, masuk 2 senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan. Masukkan semua baki meringue dan kaup balik lagi sehingga sebati.

6. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan campur pewarna. Masa ini, sudah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°C selama 10 minit.

7. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi, nanti akan ada bunyi ‘crack’. Jangan panik kerana itu cuma bunyi karamel atau gula hangus retak dan ia biasa berlaku.

8. Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jangan risau, adunan takkan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur atau meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul di permukaan puding.

9. Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sudu besar untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru dan uggu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan keempat 2 sudu dan akhir sekali 1 sudu.

10. Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar dan isi air panas sehingga ¼ daripada loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°C selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.

11. Biar kek sejuk selama 20 minit sehingga tepi kek lekang atau renggang daripada loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais. Siap untuk dinikmati!

resepi kek karamel pelangi

Gabungan puding karamel bersama kek yang lembut menjadikan resepi Kek Karamel Pelangi disukai ramai terutamanya mereka yang suka membuat pencuci mulut di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN