Soto ayam resepi ini dijamin sangat mudah disediakan. Ia adalah hidangan ikonik dari Indonesia yang terkenal dengan rasa kaya dan aromanya yang memikat.
Menu ini bukan sahaja digemari oleh penduduk tempatan, malah turut menjadi pilihan popular bagi pelancong yang ingin merasai keenakan masakan Indonesia.
Jangan risau, kita orang Malaysia tak perlu terbang jauh ke sana. Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah ini.
Baca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!
SOTO AYAM RESEPI MUDAH
Bahan dikisar:
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 3 inci kunyit hidup
- 3 inci halia
- 3 inci lengkuas
Bahan rempah:
- 2 sudu besar serbuk jintan putih
- 2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk lada putih
- 1 kiub ayam
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- 1/2 ekor ayam
- Santan
Cara-cara:
- Kisar lumat bahan yang dikisar, ketepikan. Satukan jintan putih, jintan manis dan serbuk lada. Buat begini baru mudah masak nanti.
- Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan. Masuk segala jintan dan lada putih yang disatukan. Kacau dan biarkan sedikit garing, bukan hangit ya.
- Masuk bahan dikisar dan gaul sebati.
- Kacau sampai rempah kering dan pecah minyak.
- Apabila rempah dah likat elok, masuk ayam. Balik-balikan ayam dan biar sekejap sampai ayam agak masak.
- Masuk pula air. Anggaran 1.5 liter mengikut kepekatan yang disukai. Kalau suka hirup kuah, letak banyak air. Tunggu sampai mendidih.
- Angkat dan toskan ayam. Ketepikan dulu.
- Letak suku kotak santan Kara. Barulha kuah lebih pekat dan lemak sikit.
- Letak 1 kiub ayam. Kalau kuah banyak letak 1 1/2 kiub ayam
- Akhir sekali letak garam ikut cita rasa. Siap kuah soto.
- Ayam tadi kena goreng kejap atau masuk dalam air fryer. Mudah kerja. Racit-racitkan ayam tu nanti.
SAMBAL HITAM PADU
Bahan-bahan:
- 10 biji cili api
- 7 biji bawang putih
- 2 biji limau kasturi
- 5 sudu kicap
Cara-cara:
- Goreng bawang putih dan cili bagi garing sikit je. Angkat dan tos kan.
- Kisar cili dan bawang yang digoreng tadi dengan kicap serta garam dan gula ikut cita rasa.
- Perah air limau. Kacau sebati dan siap kuah cili padu.
Ini dia bahan sampingan untuk dimakan bermasa kuah soto.
Lagi sedap kalau makan dengan begedil. Selamat mencuba!
Sumber: Liza Idris
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia