puding karamel tanpa telur

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa memerlukan cara kukus atau bakar dan salah satunya ialah Puding Karamel tanpa telur yang semestinya cair di mulut.

Puding Karamel merupakan hidangan pencuci mulut yang cukup ideal dengan gandingan puding berlemak, tekstur yang lembut dan rasa gula karamel yang sangat lazat.

Biasanya ia dibuat dengan menggunakan telur, tapi kami telah jumpa resipi Puding Karamel tanpa telur oleh Melati Desa di Facebook yang pasti buat anda mengidam. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

puding karamel tanpa telur

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
  • 1 peket agar-agar serbuk (10g)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir (letak ¾ cawan pun okay)
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, taburkan gula pasir di dalam loyang dan masak sehingga keperangan. Kemudian, goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang dan ketepikan.

2. Selepas itu, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanilla ke dalam bekas lain, kemudian kacau sehingga tak berketul.

3. Masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran di langkah (2) tadi, kemudian masaklah atas dapur.

4. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus yang diketepikan tadi.

5. Apabila sudah sejuk sedikit, masukkan ke dalam peti ais dan biarkan lebih kurang 2 hingga 3 jam.

6. Akhir sekali, letak dalam bekas secara terbalik dan gula hangus akan berada di bahagian atas. Siap untuk dinikmati!

puding karamel tanpa telur

Resipi Puding Karamel tanpa telur ini sesuai buat mereka yang teringin makan tapi ada alahan pada telur. Lebih-lebih lagi, hasilnya yang licin dan elok pasti buat anda puas menikmatinya.

Selamat mencuba!

Sumber: Melati Desa

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN