bubur merah putih

Bubur merah putih antara manisan tradisional yang selalu buat kita teringat zaman kanak-kanak yang penuh kenangan manis. Yang paling menarik, resipi ini sangat mudah dan tak memerlukan banyak bahan.

Saudari Ani Zam ada berkongsi resipi penuh manisan ini yang dimasak khas untuk menyambut ulang tahun kelahiran ibunya. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk buat hidangan istimewa ini!

Baca juga: Resipi Bubur Pulut Hitam Dengan Santan Asing, Cukup Lemak Masin & Manis!

RESEPI BUBUR MERAH PUTIH

bubur merah putih

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras biasa
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 kotak santan Kara
  • 10 cawan air putih
  • 2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Campurkan beras biasa dan beras pulut. Basuh bersih, kemudian masak hingga menjadi bubur.
  2. Masukkan santan ke dalam bubur yang telah dimasak tadi, dan masak lagi hingga mendidih.
  3. Asingkan sebahagian bubur untuk dijadikan bubur putih dan tambahkan 1 sudu kecil garam.
  4. Dalam periuk lain, masak kedua-dua jenis gula, kemudian tapis dan masukkan ke dalam baki bubur.
  5. Kacau hingga bubur benar-benar berwarna sekata.
  6. Untuk menghidangkannya, ambil bubur merah dan letakkan dalam pinggan, kemudian letakkan bubur putih di atasnya.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ani Zam

Baca juga: Bubur Wadai Kepeng, Resipi Mudah & Ringkas Tapi Sedapnya Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN