Resipi Ayam Goreng Pandan ini diilhamkan dari ayam pandan Thai yang biasanya dibalut dengan daun pandan. Namun, cara penyediaan ini lebih mudah kerana anda tidak perlu bersusah-payah membalutnya. Cukup dengan menggaul bahan-bahan dan terus menggoreng.
Aromanya yang harum semasa menggoreng pasti akan menggoda selera. Bau daun pandan yang wangi menyerap ke dalam ayam, membuatkan kita tak sabar untuk menikmatinya. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Kari Ayam Padu Dari Biasa, Rupanya Kena Perap Dengan Bahan Rahsia
RESEPI AYAM PANDAN WANGI
Bahan-bahan:
- 4 cawan isi ayam (potong dadu, jangan kecil sangat supaya selepas goreng tak kecut)
- 2-3 batang serai (dihiris nipis)
- 5 helai daun pandan (dihiris)
- 1 sdm kicap cair masin
- 1 sdm kicap ikan/sotong
- 2 sdm sos tiram
- 1 sdb perasa (jika suka)
- 1/2 sdk lada putih serbuk
- 1 sdm serbuk ketumbar
- 1 sdm gula
- 2 sdm tepung jagung atau tepung beras
- 3 sdm santan pekat
Bahan kisar:
- 3 atau 5 ulas bawang putih
- 1 batang cili merah/ besar
- I inci halia
- Akar ketumbar
Cara-cara:
- Satukan semua bahan-bahan bersama bahan kisar.
- Gaul semua bahan dan perap selama 30 minit sebelum digoreng.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Makcik Ratu
Baca juga: Resipi Ayam Buttermilk Versi Kering Pedas, Bila Makan Tak Rasa Muak Langsung!