resipi tauhu bergedil

Resipi tauhu bergedil yang dijual di luar sering kali tidak memenuhi selera kita, terutamanya jika ingin isian daging yang banyak dan sambal kicap yang pekat, pedas, dan sedikit manis.

Jika anda inginkan hidangan tauhu bergedil yang memuaskan selera, jom buat sendiri!

Dengan resipi perkongsian ini, anda boleh ubah suai rasa dan bahan mengikut citarasa sendiri.

Baca lagi: Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Resipi Legend Ini Memang Sedap Lain Macam

RESIPI TAUHU BERGEDIL

Bahan-Bahan:

Untuk Isi Tauhu Bergedil:

  • 5-6 biji kentang
  • 1 keping daging kisar jenama Ramly
  • Tauhu kering secukupnya
  • Daun sup secukupnya, dihiris halus *
  • Bawang goreng secukupnya *
  • Garam secukup rasa *
  • Lada hitam secukup rasa *
  • 1 kiub ayam
  • Cili merah dihiris halus (pilihan)

Bahan untuk Salutan:

  • 3 biji telur (dipukul)

Untuk Sambal Kicap Pekat Pedas-Manis:

  • 4-5 ulas bawang putih
  • 5-6 biji cili padi (tambah atau kurangkan ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • Sedikit gula
  • 2-3 sudu besar bawang goreng
  • Kicap manis Kipas Udang dan Kicap ABC secukupnya

Cara-Cara Penyediaan:

1.  Kupas kentang, potong, dan goreng hingga empuk. Ketepikan dan biarkan sejuk sedikit.

2. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging kisar sehingga masak sepenuhnya. Ketepikan.

3. Masukkan kentang yang telah digoreng ke dalam chopper bersama daging kisar, daun sup, bawang goreng, garam, lada hitam, kiub ayam, dan hirisan cili merah. Kisarkan sekejap sehingga semua bahan hancur dan sebati.

4. Potong bahagian atas tauhu kering dan keluarkan isinya untuk memberi ruang kepada inti kentang.

5. Sumbat campuran kentang dan daging tadi ke dalam tauhu hingga padat.

6. Panaskan minyak dalam kuali. Celup tauhu yang telah diisi dengan campuran kentang ke dalam telur yang telah dipukul.

7.  Goreng tauhu bergedil dalam minyak panas hingga kekuningan dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan.

8. Masukkan bawang putih, cili padi, bawang goreng, dan gula ke dalam pengisar. Tambahkan kicap manis Kipas Udang dan Kicap ABC secukupnya. Kisar hingga sebati dan pekat.

Selamat mencuba!

Sumber: Maya Miera

Baca lagi: Cara Buat Bawang Goreng Rangup Setiap Masa, Ada Tips Yang Kena Ikut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN