ayam goreng black pepper

Mood hari ini nak goreng ayam tapi takkanlah nak buat yang biasa saja bukan? Jika anda mahukan kelainan, bolehlah cuba buat Ayam Goreng Black Pepper pula.

Black pepper iaitu lada hitam terkenal sebagai rempah masakan yang meningkatkan perasa makanan. Secara umumnya, ia dijadikan sos untuk dimakan bersama makanan Barat seperti chicken chop, pasta, stik dan banyak lagi.

Kali ini, kami begitu teruja untuk kongsikan cara buat Ayam Goreng Black Pepper oleh Fey Leeya di Facebook yang kelihatan sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Perap Ayam BBQ Yang Mudah, Isi Sedap Sampai Terasa Ke Tulang!

RESIPI AYAM GORENG BLACK PEPPER

ayam goreng black pepper

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Isi ayam
  • Serbuk lada hitam (sangai biji lada hitam tanpa minyak, kemudian kisar kasar. Nak guna sos lada hitam pun boleh tapi rasa tak padu sangat)
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn air suam secukupnya)
  • Tepung bestari (untuk celup ayam)
  • Sos tiram secukupnya
  • Kicap pekat manis secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong dadu isi ayam dan gaulkan dengan sedikit garam.

2. Selepas itu, celup ayam dalam tepung bestari dan goreng dengan minyak yang banyak, agak-agak garing toskan, kemudian letakkan di tepi terlebih dahulu.

ayam goreng black pepper

3. Guna minyak yg baru, tumiskan bawang putih dan merah.

4. Setelah naik bau, masukkan serbuk lada hitam yang dikisar tadi, gaul-gaul dan masukkan satu cawan kecil air.

5. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat manis untuk seimbangkan rasa dan tepung jagung yang sudah dibancuhkan dengan air tadi.

6. Seterusnya, kacau-kacau dan letak sedikit garam.

7. Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi, gaul-gaul sedikit dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Nak buat hidangan Ayam Goreng Black Pepper ini nampak lebih menarik, anda boleh taburkan daun bawang di atasnya dan makan dengan nasi putih yang panas memang sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Fey Leeya

Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemak Jawa, Lauk ‘Next Level’ Yang Mak-Mak Wajib Cuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN