resipi asam pedas

Sudah ramai yang tahu resipi asam pedas dan pandai memasaknya. Namun, bukan mudah untuk menghasilkan asam pedas yang sedap,pekat, masam, dan pedas yang ‘balance’.

Tapi jangan risau! Anda boleh ikut resipi asam pedas yang dikongsi oleh Siti Nor Azizah Rahim ini. Asam pedas yang dihasilkannya bukan sahaja ‘kaw’, malah isi ikan pun terasa begitu lazat.

Jika ada yang mahu belajar, boleh lihat perkongsian penuh olehnya di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum & Bunga Kantan, Tapi Tetap Sedap Cukup Rasa

RESIPI ASAM PEDAS DAN PETUA KESEDAPANNYA

Bahan-bahan:

  • Ikan kembong, jenahak, pari, siakap, atau parang
  • Kunyit hidup (ditumbuk) atau kunyit serbuk
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering (banyak jika mahu kuah pekat)
  • Lada hitam biji (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Bendi dan tomato
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Daun limau purut, daun kesum, atau bunga kantan (pilihan)

Cara memasak:

  1. Basuh ikan hingga bersih. Lumurkan ikan dengan kunyit hidup yang ditumbuk. Jika tiada kunyit hidup, boleh gunakan kunyit serbuk dan garam. Ini adalah rahsia untuk membuat asam pedas yang sedap, isi ikan akan menjadi lebih sedap.
  2. Kisar halia, bawang merah, bawang putih, dan sedikit kunyit hidup.
  3. Letakkan cili kering kisar, jika mahu kuah pekat, letakkan banyak cili. Ini akan memberikan kuah yang lebih ‘umphhh’.
  4. Tumbuk lada hitam biji. Jika tidak suka pedas, boleh abaikan. Namun, jika ingin rasa lebih kick, tambahkan sedikit.
  5. Tumiskan semua bahan kisar, termasuk serai, dengan minyak yang banyak. Tumis sehingga naik bau dan cili bertukar warna menjadi gelap.
  6. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Kuantiti air bergantung pada keinginan, jangan terlalu banyak supaya kuah tidak cair.
  7. Biarkan kuah mendidih, kemudian kecilkan api dan masukkan ikan satu per satu. Biarkan ikan masak dengan sempurna.
  8. Tambahkan bendi dan tomato ke dalam kuah. Taburkan sedikit garam, jangan terlalu banyak kerana ikan sudah dilumur dengan garam.
  9. Akhir sekali, taburkan daun limau purut, daun kesum, atau bunga kantan untuk memberikan aroma yang sedap.

Siap! Selamat mencuba, semua! Asam pedas ini sangat enak dinikmati bersama telur dadar, telur asin, sambal belacan, dan nasi panas. Pasti nak tambah lagi!

Kredit: Siti Nor Azizah Rahim

Baca juga: Sedap Rupanya Asam Pedas Utara, Resipi Sihat Tanpa Guna Setitik Minyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN