asam laksa

Resepi Asam Laksa menggunakan ikan sardin dalam tin ini sangat popular. Ia bukan sahaja mudah disediakan, tetapi kuahnya juga sedap dan pekat.

Apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Ifah Mohd Zaki di bawah. Asam laksa ini memang terlajak sedap. Selepas satu mangkuk, pasti nak tambah lagi!

Baca juga: Resipi Laksa Kuah Merah Terengganu, Memang Sedap & Lain Dari Lain!

RESEPI ASAM LAKSA GUNA SARDIN TIN

asam laksa

Bahan-bahan kisar:

  • 1 tin sardin (besar)
  • 1 tin kecil sardin
  • 1 paket pes asam pedas Adabi
  • 4 biji bawang merah
  • Lada kering / cili boh
  • Sedikit belacan

Bahan-bahan lain:

Cara-cara:

  1. Kisar bahan-bahan kisar di atas kecuali sardin tin kecil. Untuk sardin kecil, hancurkan menggunakan garpu supaya ikan tetap berbentuk ketulan sedikit. Ambil sekali dengan kuah ya!
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, bersama sardin yang dihancurkan. Tambahkan air mengikut kesesuaian, boleh buat pekat sedikit jika suka.
  3. Masukkan bunga kantan, daun kesum, dan asam keping. Perasakan dengan garam.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan sampingan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ifah Mohd Zaki

Baca juga: Cara Masak Laksa Johor Asli, Guna Ikan Jenis Ini Supaya Kuah Lebih Pekat & Padu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN