Bila terasa nak makan tart telur Portugis, ikut sahaja resipi yang kami kongsikan dalan entri hari ini. Tart telur Portugis ini asalnya dari Portugal dan terkenal di Macau.
Tart ini mula diperkenalkan ketika zaman kolonial Portugis, dan bila tiba di Macau, resipinya sedikit diubah mengikut cita rasa Asia.
Biasanya di kedai bakeri, tart ini ada dijual, tapi sering kali rasa telur terlalu kuat dan cepat muak. Jadi, kalau nak rasa yang lebih ringan dan sedap, jom kita cuba buat sendiri.
Resipi ini sangat mudah sebab kita guna kulit pastri segera saja. Tak perlu susah payah uli-uli doh!
Baca lagi: Cara Buat Jeruk Pauh Yang Rangup Kruk Krak, Sekali Makan Jadi Ketagih!
RESIPI TART TELUR PORTUGIS
Bahan-Bahan yang Diperlukan:
Kulit pastri:
- Puff pastry ready made (contohnya jenama Kawan)
Bahan kastard:
- 4 biji telur
- Sedikit esen vanila
- 150ml air
- 250ml susu full cream (contohnya Dutchlady)
- 120g gula kastor
- 1 sudu besar tepung jagung
Cara Penyediaan:
1. Ambil kulit puff pastry dan potong mengikut saiz acuan tart yang digunakan.
2. Tekan pastri ke dalam acuan tart, dan trim tepi-tepinya supaya kemas.
3. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan esen vanila. Pukul sebentar sehingga telur sebati.
4. Dalam periuk kecil, campurkan air, susu full cream, dan gula kastor. Kacau hingga gula larut.
5. Tambahkan tepung jagung ke dalam campuran susu dan kacau hingga rata, pastikan tiada tepung yang berketul.
6. Panaskan campuran ini di atas api perlahan dan kacau perlahan-lahan sehingga sedikit pekat. Jangan sampai mendidih kuat.
7. Bila adunan agak pekat, angkat dari api dan biarkan sedikit suam. Kemudian, tuangkan adunan telur yang dipukul tadi perlahan-lahan ke dalam campuran kastard. Pastikan kacau perlahan supaya kastard tidak berketul.
8. Tuangkan adunan kastard ke dalam kulit tart yang telah disediakan tadi, isi hingga hampir penuh.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 20-25 minit atau sehingga permukaan kastard menjadi perang dengan tanda-tanda ‘signature burn’.
10. Bila tart sudah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. Tart ini enak dimakan pada suhu bilik atau sedikit suam.
Selamat mencuba!
Sumber: Faridah Ainuddin
Baca lagi: Gulai Ikan Keli Timun, Lauk Kampung Beraroma Yang Buat Menambah Nasi