nasi goreng sedap

Nasi goreng merupakan salah satu hidangan yang sangat digemari ramai, dari kanak-kanak hingga dewasa. Namun, tidak semua orang tahu rahsia untuk menghasilkan nasi goreng sedap dan benar-benar sempurna.

Biasanya, orang suka gunakan nasi sejuk yang disimpan semalaman untuk nasi goreng. Namun, kali ini kita menggunakan nasi panas yang baru siap dimasak. Jangan risau, hasil nasi goreng tetap peroi dan berderai sebiji-sebiji.

PETUA NASI GORENG SEDAP GUNA NASI PANAS

Jika ada yang ingin mengetahui bagaimana caranya, jom ikuti perkongsian oleh Encik Haiqal Boestamam di bawah. Berikut merupakan panduan tersebut:

“Salam semua. Baik hari ini saya kongsi macam mana nak buat nasi goreng supaya nasinya peroi. Dalam gambar ini saya guna nasi yang baru saja tanak dari periuk. Tak pakai nasi semalam. Hasilnya tetap sebutir selepas digoreng.

Kadang kadang kita masak nasi terlalu lembik sebab air yang banyak, bila kita goreng nasi, nasinya jadi terlalu pecah dan potong mood untuk makan. Sebenarnya teknik masak nasi ini simple saja. Untuk masak nasi goreng kandungan air ada ukuran dia. Begitu juga nasi berperisa atau nasi putih atau nasi lemak sekalipun.

Untuk nasi goreng, anda bole gunakan ruas pertama jari kelingking anda untuk ukur air dia. Banyak mana pun beras gunakan ruas pertama.”

nasi goreng sedap

Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

Ringkasan cara-cara:

1. Untuk masak nasi goreng, kandungan air ada ukurannya. Begitu juga nasi berperisa atau nasi putih atau nasi lemak sekalipun.

2. Untuk nasi goreng, anda boleh menggunakan ruas pertama jari kelingking untuk mengukur air. Ukuran ini sesuai tidak kira berapa banyak beras yang anda gunakan.

3. Setelah nasi putih masak, anda boleh terus menggorengnya walaupun masih panas.

4. Untuk aroma yang lebih wangi, mulakan dengan menggoreng telur dahulu. Selepas telur masak, barulah tambahkan bawang dan rencah lain untuk meningkatkan aroma dan rasa nasi goreng.

Tip tambahan lain:

  • Jika risau nasi goreng lembik, boleh juga letakkan nasi panas ke dalam freezer selama 5 minit sebelum mula menggoreng.
  • Jangan guna minyak banyak dan pastikan bahan atau lauk basah ditos dengan betul.

Sumber: Haiqal Boestamam’s

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Cili Kering Tanpa Sayur, Tambah ‘Bahan Ini’ Rasa Lagi Nikmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN