jenis tauhu

Siapa di sini yang suka masak dengan menggunakan tauhu di rumah? Jika anda salah seorang daripadanya, maka perlulah kenal jenis tauhu mana yang sedap dan lembut.

Tauhu merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein dan sedap dimakan bersama kuah kacang mahupun disajikan bersama sup.

Selain dijadikan sebagai hidangan utama, tauhu juga sering digunakan sebagai bahan sampingan dalam mee goreng, rojak, kue tiau dan sebagainya.

Kali ini, kami kongsikan beberapa jenis tauhu yang sering digunakan untuk masak kerana sedap dan lembut. Jom kita tengok!

Baca juga: 5 Jenis Ikan Kering Yang Popular Sebab Sedap, Tapi Tak Boleh Makan Selalu!

JENIS TAUHU SEDAP DAN LEMBUT

1. Tauhu Kuning

jenis tauhu

Mudah saja nak kenal jenis tauhu ini kerana bentuknya kotak segi empat serta mempunyai kulit luaran berwarna kuning.

Oleh kerana teksturnya padat, kenyal, berpori halus dan lembut, maka ia sesuai untuk masakan tumis, isi sup atau digoreng. Jika digoreng, bahagian luarnya kering tapi lembut di dalamnya.

2. Tauhu Susu

jenis tauhu

Tauhu ini merupakan produk susu daripada proses perahan susu dengan asid seperti jus lemon atau cuka, kemudian mengeluarkan bahagian cecair dan mempunyai rasa enak dengan tekstur yang sungguh lembut.

Oleh kerana bahan yang dicampur semasa membuatnya seperti kacang soya, susu lembu tulen, mentega, garam, kunyit, bawang putih, air dan pati tauhu, maka jenis tauhu ini lebih unik berbanding biasa.

3. Tauhu Sutera (Tauhu Jepun)

jenis tauhu

Jangan terpedaya dengan rupa luarnya yang pucat kerana kelembutan tauhu ini lebih luar biasa. Nama panggilan lainnya ialah tauhu Jepun kerana berasal dari negara tersebut.

Jenis tauhu ini mempunyai tekstur yang sangat unik, lembut apabila dimakan dan berbentuk sama ada silinder (taufu) dan segi empat.

4. Tauhu Kulit

jenis tauhu

Biasanya jenis tauhu ini dipanggil kulit tauhu oleh kebanyakan orang. Selain sedap digoreng, ia juga sesuai dimasak tumis air dan sering digunakan dalam pembuatan sushi.

Walaupun sifat tauhu ini sangat lembut, namun teksturnya yang kuat membuatkannya tak terlalu mudah koyak seperti kulit popia.

5. Tauhu pong

Tekstur tauhu ini lebih keras apabila dimakan kerana kebiasaannya digoreng menggunakan api besar. Semasa proses memasak, banyak minyak digunakan supaya ia boleh mengembang dan menjadi lembut di dalamnya.

Rasanya sangat enak kerana direndam dalam air masin terlebih dahulu. Jenis tauhu ini sangat sesuai dihidangkan bersama sos cili atau lada cayenne pedas bagi meningkatkan lagi selera.

6. Tauhu Putih

Jenis tauhu paling popular di kalangan mereka yang suka memasak di rumah. Selain mempunyai tekstur padat dengan pori-pori yang agak besar, ia juga mempunyai pelbagai bentuk dan ukuran.

Oleh kerana tauhu ini lebih mudah didapati, maka ramai yang gunakannya sebagai lauk, hidangan berkuah (sup, sayur berkuah), aneka tumis, adunan isian dan goreng.

Jika sudah sering pakai tauhu putih, sekali-sekala bolehlah ubah angin untuk guna jenis tauhu lain pula nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Tauhu Begedil Melaka

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Tahan Lama, Dah Lebih Seminggu Pun Masih Putih Bersih

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN