resepi nasi ayam mudah

Ibu-ibu di rumah memang perlu ada satu resepi nasi ayam mudah untuk disediakan kerana juadah ini memang menjadi kegemaran semua tidak kira peringkat usia.

Lagi pula, nasi ayam memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Nak senang, buat menu ini untuk sarapan pagi dan akan terus menjadi juadah utama sehingga ke malam! Jimat tenaga dan masa anda.

Cara penyediaan resipi nasi ayam ini terlalu senang tak tidak kompleks. Jom lihat.

Baca lagi: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini

RESEPI NASI AYAM MUDAH

Bahan-Bahan untuk Rebusan Ayam:

  • 1 ekor ayam (dipotong kepada 4 bahagian)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 1 pokok daun bawang (ambil daunnya sahaja)
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Rebus ayam bersama bawang putih, halia, daun bawang, dan garam hingga separuh masak.

2. Angkat ayam dan toskan. Simpan air rebusan untuk kegunaan seterusnya.

Bahan-Bahan untuk Perap Ayam:

  • 4 sudu besar kicap cair
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Sedikit cukup rasa (jika suka)
  • Beberapa titis minyak bijan (pilihan)

Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan perapan dalam satu mangkuk dan gaulkan rata pada ayam.

2. Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.

3. Goreng ayam seketika, jangan terlalu lama supaya ayam tidak menjadi kering.

Bahan-Bahan untuk Nasi:

  • 2 pot beras wangi (boleh juga guna beras biasa, cuci dan toskan)
  • Air rebusan ayam secukupnya (mengikut sukatan memasak nasi biasa)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Sedikit halia (ditumbuk halus)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Beberapa titis minyak bijan (pilihan)
  • 1 kiub pati ayam
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

1. Panaskan marjerin dan tumis bahan tumbuk serta daun pandan hingga naik bau.

2. Masukkan beras yang telah ditoskan, kacau sebati.

3. Masukkan air rebusan ayam, kiub pati ayam, dan garam secukup rasa.

4. Titiskan sedikit minyak bijan dan masak nasi seperti biasa.

Bahan-Bahan untuk Sos Cili:

  • 5 biji cili merah
  • Cili api secukupnya (mengikut tahap kepedasan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Sedikit cuka
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Kisar semua bahan hingga halus.

2. Masak seketika di atas api hingga mendidih.

Bahan-Bahan untuk Sup:

  • Sedikit lada putih (ditumbuk halus)
  • Sedikit halia (ditumbuk halus)
  • Sedikit bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • 1 sup bunjut
  • Sedikit kiub pati ayam
  • Daun sup dan bawang goreng (untuk hiasan)

Cara Penyediaan:

1. Tumis bawang merah dan bahan tumbuk hingga naik bau.

2. Masukkan air rebusan ayam, sup bunjut, dan kiub ayam. Sesuaikan rasa.

3. Taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Bahan-Bahan untuk Kuah Kicap:

  • Lebihan kicap perapan ayam
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit sos tiram
  • Air bancuhan tepung jagung (jika mahu kuah pekat)

Cara Penyediaan:

1. Masak lebihan kicap perapan ayam tadi dengan sedikit air rebusan, kicap manis, dan sos tiram.

2. Jika suka kuah yang pekat, boleh tambah sedikit air bancuhan tepung jagung.

3. Masak hingga kuah pekat dan sesuaikan rasa.

Sumber: Rahmah Rosmin

Baca lagi: Resepi Nasi Ayam Claypot, Cara Masak Atas Dapur Ini Lebih Mudah Dan Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN