Serbuk colek buah memang sangat sedap kalau dicicah dengan jambu, mangga, nanas, dan buah-buahan lain. Rasa pedas manja, masin, dan manisnya memang bikin susah nak berhenti!
Untuk anda yang suka colek buah, resipi oleh Puan Mariana Zainal ini patut dicuba. Sesuai sangat untuk simpan stok di rumah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Sos Namplawan, Colek Buah Versi Thai Yang Mengiurkan. Memang Lain Dari Lain!
RESEPI SERBUK COLEK BUAH
Bahan-bahan:
- 20 tangkai cili kering
- Segenggam udang kering (tak nak letak pun boleh, tapi kurang rasa. Sebaiknya letak)
- Belacan sebesar ibu jari (boleh tambahkan jika mahu)
- 2 ½ cawan gula pasir halus (kalau guna gula pasir kasar, kisar sekali dengan bahan-bahan lain)
- 2 sudu kecil garam halus (kurang, baru tambah)
Cara-cara:
- Guna api sederhana perlahan.
- Sangai (goreng tanpa minyak) cili kering hingga garing, kemudian angkat dan biarkan sejuk.
- Kemudian, sangai udang kering dan belacan hingga garing (biarkan sejuk).
- Kisar cili kering, udang kering, dan belacan menggunakan pengisar kering hingga halus.
- Seterusnya, dalam satu bekas, satukan gula pasir, bahan kisar, dan garam. Gaul rata.
- Jika kurang garam, boleh tambah lagi secukup rasa.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal
Baca juga: AWAS! Elak Makan 7 Jenis Buah Ini Malam-Malam, Jadi Penyebab Masalah Ini…