ayam masak kicap berempah

Kalau anda sudah baca resipi nasi planta safron, apa kata anda hidangkan sekali dengan lauk ayam masak kicap berempah ini. Memang sangat sesuai dimakan bersama nasi planta safron tersebut serta sedikit acar.

Tambahan lagi, jika ingin kuah lebih pekat, boleh tambahkan sedikit lebih kicap atau biarkan mereneh lebih lama tanpa penutup.

Jom baca resipi penuh di bawah yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook.

Baca lagi: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!

RESIPI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

Bahan-Bahan:

  • Ayam secukupnya (digoreng separuh masak)
  • Kicap lemak manis – 3 hingga 4 sudu besar
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 5 sudu besar cili blender
  • Bawang merah, bawang putih, halia (diblender)
  • 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • Daun pandan (disimpul kasih)
  • 1 batang serai (diketuk untuk melepaskan aroma)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar air asam jawa

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang diblender (bawang merah, bawang putih, halia), bersama-sama dengan 3 sekawan, daun pandan, dan serai. Tumis sehingga naik bau yang wangi dan bahan menjadi garing sedikit.

2.  Selepas itu, masukkan cili blender dan rempah kari daging. Kacau rata dan masak sehingga rempah garing dan naik minyak, memberikan aroma rempah yang kuat dan enak.

3.  Masukkan setengah cawan air dan kacau sebati dengan bahan-bahan yang telah ditumis. Biarkan mendidih.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak ke dalam kuah. Tambahkan kicap lemak manis, air asam jawa, garam, dan perasa secukupnya. Kacau perlahan supaya ayam menyerap semua rasa rempah dan kicap.

5. Tutup kuali dan biarkan kuah mereneh hingga ayam masak sepenuhnya, kuah menjadi pekat, dan rasa rempah meresap ke dalam ayam.

Selamat mencuba!

Sumber: Min Meena Manjalara

Baca lagi: Daging Masak Asam Cara Mudah, Guna BAHAN Ini Untuk Bagi Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN