telur masak kurma

Antara bahan dapur yang paling mudah dimasak ialah telur rebus. Lebih-lebih lagi buat Telur Masak Kurma yang sedap, bau saja sudah cukup buat selera terangkat.

Nurul Ateekah telah kongsikan resipi Telur Masak Kurma di Facebook yang sangat mudah disediakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Kari Telur Tanpa Santan, Lauk Macam Ini Buat Anak Berselera Dan Tak Jemu

RESIPI TELUR MASAK KURMA

telur masak kurma

Bahan-bahan:

  • 8 biji telur direbus
  • 8 sudu besar serbuk kurma (tambah 1 sudu kecil serbuk sup dan ½ cawan air untuk dijadikan pes)
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 8 tangkai cili padi merah
  • 9 tangkai cili padi hijau
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 kiub Knorr ayam
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 hingga 1½ cawan air
  • 1 biji kentang (dipotong dan goreng)
  • 2 sudu besar santan kotak
  • 1 ketul besar tau kua atau tauhu (dipotong dan goreng)

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula kisar bahan yang diperlukan sehingga lumat.

2. Selepas itu, tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan bawang merah dan masak sehingga sedikit keperangan.

4. Seterusnya, masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bancuhan rempah kurma. Masak sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.

telur masak kurma

6. Selanjutnya, masukkan air dan santan.

7. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Masukkan garam jika perlu. Siap untuk dihidang!

Walaupun Telur Masak Kurma ini nampak seperti lauk yang ringkas, namun ramai yang suka makan kerana aroma kuahnya yang memikat dan meresap sehingga ke dalam telur.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Paling Mudah, Aroma Kuah Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN