Mari kita sediakan minum petang atau sarapan dengan kuih tradisional kegemaran ramai iaitu bingka keladi. Kuih ini sangat jarang dijual oleh peniaga makanan.
Mungkin sebelum ini anda pernah mencuba bingka pandan, bingka jagung, atau bingka labu. Tapi kali ini, apa kata kita cuba bingka keladi yang lembut dan berlemak ini pula.
Baca juga: Resipi Bingka Susu Yang Mudah & Sedap, Simple Je Caranya!
RESIPI KUIH BINGKA KELADI LEMBUT DAN BERLEMAK
Bahan-bahan:
- 2 1/2 cawan ubi keladi
- 3 cawan santan pekat
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
- 3 biji telur (gred B, jika gred A 2 biji sahaja)
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu kecil esen vanila berkrim
- 1 sudu besar keladi emulco
- Sedikit pewarna ungu
Cara-cara:
- Sediakan penapis atau bekas yang tahan suhu kepanasan tinggi. Letakkan ubi keladi yang sudah dipotong kecil.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga keladi menjadi lembut dan empuk sepenuhnya.
- Sambil tunggu ubi dikukus, kita siapkan bahan-bahan kuih yang lain.
- Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Fungsi telur ini untuk melembutkan tekstur kuih. Ketepikan.
- Sediakan pengisar, masukkan santan pekat, telur yang dipecahkan tadi, gula pasir, tepung gandum, tepung beras, garam, marjerin dan juga keladi yang sudah siap dikukus.
- Kisar semua bahan tersebut sehingga hancur sepenuhnya dan sebati selama 2 minit.
- Selepas itu, masukkan esen vanilla berkrim, keladi emulco dan pewarna ungu. Sambung kisar sehingga warna sebati sepenuhnya.
- Oleskan sedikit marjerin pada loyang saiz 10x10x3 inci. Marjerin ini berfungsi supaya kuih mudah dikeluarkan selepas siap dibakar nanti.
- Panaskan seketika loyang di dalam oven selama 5 minit.
- Selepas 5 minit, keluarkan loyang dari oven dan tuangkan adunan yang dikisar tadi.
- Kemudian, hentak-hentakkan sedikit loyang untuk pecahkan rongga udara.
- Akhir sekali, taburkan bijan putih ke atas adunan.
- Bakar kuih selama 1 jam 15 minit pada suhu 170°C menggunakan api atas bawah. Letak loyang di rak kedua supaya bahagian atas tak hitam.
- 5 minit terakhir tukar kepada api atas sahaja untuk merangupkan bahagian atas kuih.
- Sejukkan 3 hingga 4 jam sepenuh kuih dipotong.
- Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah
Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa