cara masak pulut kuning

Apabila datang ke kenduri, makanan pertama yang dicari semestinya Pulut Kuning. Biasanya dibuat secara kukus, tapi kami terjumpa cara masak Pulut Kuning dengan periuk nasi saja.

Pulut Kuning atau nasi kunyit ialah sejenis sajian istimewa bagi orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna.

Biasanya ia dimakan dengan gulai, rendang ayam atau daging pada majlis keramaian seperti hari perkahwinan, kenduri kesyukuran dan hari lain yang istimewa.

Nazra Queen telah tunjukkan cara masak Pulut Kuning yang cukup mudah dengan menggunakan periuk nasi di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Pulut Kacau Dari Ibu, Ada Petua Gula Merah Berlinang Elok!

CARA MASAK PULUT KUNING GUNA PERIUK NASI

cara masak pulut kuning

Bahan-bahan:

  • 300g beras pulut
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Santan daripada ½ biji kelapa (anggaran 200ml hingga 250ml)
  • Daun pandan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, basuh beras pulut dan toskan airnya.

2. Selepas itu, masukkan serbuk kunyit, garam, gula dan minyak masak.

3. Kemudian, masukkan air sehingga paras pulut. Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama beras pulut.

4. Seterusnya, masak menggunakan periuk nasi seperti masak nasi saja. Selepas 10 minit akan jadi seperti ini. Kacau-kacau pulut tersebut.

cara masak pulut kuning

5. Kemudian, masukkan santan sambil dikacau sehingga sebati.

6. Apabila pulut nampak agak basah, berhenti masukkan santan dan tak perlu habiskan semua santan tersebut. Biarkan 5 minit supaya pulut menyerap santan.

7. Switch on periuk nasi lagi sekali. Tekan warm sahaja. Biarkan pulut masak dan berkilat lebih kurang 10 minit. Siap untuk dihidang!

Manalah tahu nak cuba cara masak Pulut Kuning selain kukus, bolehlah cuba guna periuk nasi pula. Jika hidangkan bersama kari ayam atau sambal tumis, lebih bertambah lazatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazra Queen

Baca juga: Cara Masak Pulut Dengan Periuk Nasi, Tak Letak Santan Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN