jenis daun

Berdebarnya apabila masuk alam perkahwinan, lebih-lebih lagi jika perlu memasak di rumah mentua dan anda perlu tahu jenis daun yang selalu digunakan supaya masakan lebih sedap.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa jenis daun yang memberikan aroma dalam masakan dan semestinya keluarga mentua akan memuji anda nanti. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

10 JENIS DAUN YANG BUAT MASAKAN BERAROMA

1. Daun Kemangi

jenis daun

Daun kemangi mempunyai aroma yang wangi dan cukup kuat, serta sering digunakan untuk menghilangkan bau hamis dalam sup aroma dan sebagai ulam.

2. Daun Ketumbar

jenis daun

Daun ketumbar mempunyai tekstur daun yang lebih halus daripada daun sup. Berbanding daun sup, ramai yang gunakan daun ini untuk masakan sup dan sos thai.

3. Daun Selasih

jenis daun

Daun selasih mempunyai bau yang lebih kuat dan tajam daripada daun kemangi. Selalunya, daun ini digunakan sebagai penambah aroma dalam ulaman dan masakan laksa.

4. Daun Salam

jenis daun

Daun salam digunakan dalam masakan nasi yang beraroma dan berperisa seperti nasi minyak. Jika anda salah seorang yang suka masak nasi beraroma, daun ini wajib ada di dapur.

5. Serai

jenis daun

Serai sangat mudah dikenali kerana bentuknya tak seperti jenis daun yang lain. Sebelum guna dalam tumisan, rebusan, masakan berkuah seperti tomyam, biasanya ia diketuk dahulu.

6. Daun Kesum

jenis daun

Daun kesum terkenal sebagai daun yang kaya dengan aroma. Malah, ia telah menjadi bahan penting dalam masakan kuah laksa penang, singgang, asam pedas dan rempah ikan bakar.

7. Daun Limau Purut

jenis daun

Daun limau purut mempunyai aroma segar dan berubah masam dalam masakan seperti tomyam, rempah ikan bakar dan masakan rendang. Jika tiada limau, boleh guna daun ini.

8. Daun Pandan

jenis daun

Daun pandan mempunyai bau wangi dan biasanya disimpul dalam masakan bersantan seperti nasi lemak. Selain itu, anda boleh kisar untuk dapatkan air pandan dan gunakannya dalam kek dan kuih-muih.

9. Daun Kari

jenis daun

Daun kari daripada jenis urat merah mempunyai bau kuat dan menyengat. Seperti namanya, ia sering digunakan dalam masakan kari dan berkuah yang gunakan santan seperti mee kari.

10. Daun Kunyit

jenis daun

Daun kunyit mempunyai aroma tersendiri untuk membangkitkan rasa masakan seperti rendang. Ia boleh menjadi pengganti kunyit untuk beri kesan warna kuning pada masakan.

Selepas sudah kenal jenis daun ini, taklah malu apabila berdepan dengan bakal mentua nanti. Tambahan pula, ilmu ini boleh digunakan sebagai kemahiran memasak di dapur.

Semoga bermanfaat!

Sumber: PnSyuhaida

Baca juga: 3 Jenis Periuk Masak Selalu Orang Pakai, Yang ‘Last’ Tu Paling Mak-Mak Suka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN