resipi inti karipap

Resipi inti karipap ini mungkin kelihatan agak simple tetapi memainkan peranan besar dalam rasa kuih karipap yang dibuat. Inti karipap yang sempurna harus seimbang antara rasa rempah, lemak, manis, dan tekstur kentang yang lembut.

Menurut pemilik resipi ini, disarankan untuk menambah sedikit gula jika ingin lebih rasa ‘power’, tetapi terpulang kepada selera masing-masing.

Jom lihat resipi inti karipap yang lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Mille Crepe Cake Bukan Hanya Letak Krim Semata-Mata, Tapi Ini Asal Usul Yang Sebenar…

RESIPI INTI KARIPAP

Bahan-bahan inti: 

  • 5-7 biji kentang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 6-8 sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 keping dada ayam (boleh juga guna daging sebagai alternatif)
  • Daun sup (optional)
  • Sedikit minyak
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Tumiskan bawang putih yang telah diketuk bersama daun kari sehingga naik bau harum dan bawang menjadi sedikit garing.

3. Masukkan dadu ayam ke dalam tumisan bawang dan daun kari tadi. Goreng ayam sehingga ia bertukar warna dan kelihatan garing sedikit.

4. Kemudian, masukkan rempah kari daging. Pastikan anda sentiasa mengacau rempah agar tidak hangit. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk memastikan rempah tidak terlalu kering.

5. Selepas itu, masukkan gula dan garam ke dalam campuran rempah tadi. Kacau sebati sehingga rempah mula kelihatan pekat dan berkilat.

6. Setelah rempah dimasak sempurna, masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Gaulkan kentang dengan rempah sehingga semua bahan tercampur dengan sekata.

7. Tambahkan air secukupnya untuk merendam kentang, tetapi pastikan air hanya paras kentang sahaja. Ini akan membantu kentang masak dengan sempurna tanpa terlalu banyak kuah.

8. Biarkan kentang masak dengan api sederhana perlahan dalam 30 minit, sambil kacau sesekali agar kentang tidak melekat di dasar kuali.  Apabila kentang sudah lembut dan air telah kering, inti anda sudah hampir siap.

9. Jika suka, taburkan daun sup di akhir proses.

10. Setelah masak, biarkan inti sejuk. Anda boleh menyimpan inti ini dalam peti sejuk dan ia boleh tahan sehingga seminggu. Bila-bila masa anda nak buat karipap, hanya keluarkan inti yang telah siap ini dan gunakannya.

Sumber: Dr.BROWNIES

Baca lagi: Resipi Popia Ketam Berkeju, Dah Sejuk Pun Masih Terasa Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN