cara buat takoyaki

Peminat makanan Jepun cukup teruja apabila dapat tahu ada cara buat takoyaki tanpa acuan yang mudah dan boleh dibuat di rumah saja.

Cara buat takoyaki sebenarnya cukup mudah dengan menyediakan bebola takoyaki, mayonis jepun, sos takoyaki, aonori dan fish flakes atau bonito flakes.

Tahrunnisah Jali telah tunjukkan cara buat takoyaki tanpa acuan yang sangat mudah di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Japanese Fluffy Pancake, Pakai Kuali ‘Non-Stick’ Jadi Lebih Gebu!

CARA BUAT TAKOYAKI TANPA ACUAN

cara buat takoyaki

Bahan bebola takoyaki:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas mendidih (jika keras boleh tambah sikit saja air, jangan lebih, takut nanti tak boleh gentel bulat-bulat pula)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • Kobis (dicincang halus)
  • Daun bawang (dipotong halus)
  • Lada merah (dipotong dadu untuk rasa pedas)
  • Octopus, crab stick, udang, ayam (direbus dahulu dan dipotong kecil)

Cara-cara membuat bebola takoyaki:

1. Gaul tepung gandum, telur, pati ayam, sedikit garam sehingga sebati dahulu.

2. Tuang air panas mendidih ke dalam adunan. Gunakan senduk kayu dan kacau sebati.

3. Setelah agak suam, campurkan sayur kobis dan daun bawang ke dalam adunan. Uli guna tangan. Nak letak terus inti udang, octopus, ayam, atau crab stik pun boleh.

*Nak leperkan dulu adunan tepung, kemudian letak inti tengah dan bulatkan kembali pun boleh. Cara saya, letak semua dalam adunan, basahkan sikit jari jemari dan bulat-bulatkan.

cara buat takoyaki

4. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali dan bulat-bulatkan adunan tepung. Masukkan dalam minyak yang panas, goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap!

*Terdapat dua resipi untuk buat sos takoyaki, boleh pilih mana yang anda suka.

Resipi sos takoyaki pertama:

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sos wostershire
  • Gula
  • 1 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil kicap pekat

Cara-cara:

1. Campurkan sos wostershire, gula dan kicap dan masak sehingga mendidih.

2. Tuang adunan tepung jagung, kacau sehingga sedikit pekat dan tutup api.

Resipi sos takoyaki kedua:

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang putih (diketuk hancur)
  • ½ cawan sos tiram
  • ½ cawan sos tomato
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung jagung (dicampur dengan sedikit air)

Cara-cara:

1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih.

2. Apabila mendidih, baru tuang adunan tepung jagung. Setelah agak pekat, baru tutup api.

*Sos takoyaki perlu ditapis dan sedia diletak dalam botol untuk drizzle nanti.

Langkah terakhir dalam cara buat takoyaki ini, anda hiaskan saja bebola takoyaki dengan sos takoyaki dan mayonis, kemudian tabur fish flakes dan aonori.

Selamat mencuba!

Sumber: Tahrunnisah Jali

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Gulung, Siap Gambar Langkah Demi Langkah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN