Jom MyResipi kongsikan cara buat air gula yang mudah! Air gula ini adalah penyelamat di dapur kerana ia memudahkan kerja menyediakan minuman.
Selain itu, air gula sering digunakan oleh peniaga air di pasar malam. Sesuai juga untuk kenduri, rumah terbuka, serta untuk kegunaan harian.
Bayangkan betapa praktikalnya mempunyai stok air gula yang siap sedia dalam peti sejuk.
Resipi air gula ini sedikit berbeza kerana ia memiliki aroma yang lebih wangi dan rasa yang lebih sedap.
Jadi, mari kita lihat cara mudah untuk membuat air gula yang pekat menerusi perkongsian di bawah.
Baca juga: Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya
CARA BUAT AIR GULA PEKAT & WANGI
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 kg gula kasar
- Garam kasar
- Daun pandan
- Esen vanilla
Cara-cara membuat:
- Didihkan air bersama daun pandan sehingga mendidih.
- Apabila air sudah mendidih, masukkan gula. Nisbah sukataan adalah 1:1, iaitu 1 kilogram gula dan 1 liter air.
- Gandakan air dan gula mengikut keperluan.
- Kacau terus sehingga gula larut.
- Jangan lupa masukkan sedikit garam kasar.
- Letakkan juga sedikit esen vanilla untuk mewangikan air gula.
- Apabila gula sudah larut, biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
- Jika sudah mendidih ganas, boleh tutup api.
- Biarkan seketika sebelum tutup periuk dengan tudung penutup.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan.
- Selamat mencuba!
Sumber: Youtube Jeffcifer Studio
Baca juga: Jom Buat Air Vanilla Blue Yang Padu, Rasa Sama Macam Air Balang Di Bazar!