Resepi kerepek pisang ini sangat mudah dibuat. Yang paling best, hanya guna tiga bahan je! Sesuai sangat untuk sesiapa yang nak hidangan ringkas tapi tetap sedap. Dengan cara penyediaan yang mudah, sesiapa saja boleh cuba buat.
Kerepek pisang ini bukan sahaja sedap, tetapi juga menjadi snek sihat yang boleh dinikmati tanpa rasa bersalah kerana dibakar menggunakan oven. Tiada setitis minyak pun digunakan!
Apa yang lebih menarik, rasanya jauh lebih enak dari kerepek pisang yang dibeli di kedai. Anda juga dapat menikmati kerepek yang rangup dan bebas bahan pengawet atau perasa tambahan.
Baca juga: Jom Buat Kerepek Kentang Homemade Yang Nipis, Rangup & Tak Hangit!
CARA BUAT KEREPEK PISANG RANGUP
Bahan-bahan:
- 2 biji pisang
- 2 biji telur
- 20 gram tepung jagung
Cara-cara:
- Panaskan oven dengan suhu 170°C.
- Dalam mangkuk, campurkan telur dan tepung jagung. Kacau rata sehingga halus dan adunan tidak berketul. Ketepikan.
- Hiriskan pisang mengikut ketebalan yang disukai. Pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
- Selepas itu, celupkan hirisan pisang ke dalam campuran tepung dan telur tadi.
- Susunkan pisang di atas dulang pembakar.
- Bakar selama 30 minit atau sehingga keemasan dan rangup.
- Sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
- Boleh juga terus dinikmati bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!
Sumber resipi dan gambar: 2day’s Delights
Baca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!