popia pisang coklat

Orang yang suka memasak memang pantang ada waktu santai di rumah. Oleh itu, anda boleh cuba buat Popia Pisang Coklat yang mudah dan sedap.

Popia Pisang Coklat pernah heboh di media sosial suatu ketika dahulu kerana cara membuatnya yang cukup mudah tanpa menggunakan banyak bahan sekalipun.

Nak tahu caranya, anda boleh mengikut resipi Popia Pisang Coklat dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Noratiqah Nordin di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Popia Sira Sambal, Ada Tips Supaya Tak Lemau Dan Kekal Rangup!

RESIPI POPIA PISANG COKLAT

popia pisang coklat

Bahan-bahan:

  • Popia
  • Pisang
  • Coklat rice (bahan ini pilihan)
  • Tepung dan air (untuk dijadikan pelekat)
  • Nutella (tukar ke coklat lain pon boleh)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, asingkan kepingan kulit popia.

2. Setelah asingkan kepingan popia, beralih arah ke pisang. Potong pisang dan bahagikan kepada dua. Nak potong boleh, tak nak potong pun boleh.

3. Selepas itu, letak pisang di tengah hujung ke arah kita dan letakkan coklat rice.

popia pisang coklat

4. Seterusnya, gulung kasi kemas dan ketat supaya coklat rice tak terkeluar.

5. Lekatkan hujung kulit popia dengan tepung dan air sebagai gam.

6. Sampai masa untuk goreng sehingga perang. Angkat dan toskan.

7. Akhir sekali, hias dengan nutella. Siap untuk dinikmati!

Walaupun nampak seperti hidangan yang ringkas, namun Popia Pisang Coklat mempunyai kombinasi rangup dan manis yang cukup dengan rasa kayangan.

Jika hidangkannya sebagai sarapan atau minum petang untuk anak-anak di rumah, kami yakin mereka akan minta anda untuk buat lagi berulang kali.

Apa yang kami boleh katakan, ia adalah snek dengan resipi paling pantas dan anda boleh nikmatinya bersama keluarga tersayang di rumah.

Jika anda tiada coklat rice pun tak mengapa kerana snek ini cukup sedap dimakan dengan apa-apa jenis sos coklat. Selain itu, anda boleh tukar selera dengan menggunakan cheese juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Noratiqah Nordin

Baca juga: Popia Daging Paling Mudah, Inti Lebih Sedap Dengan Daging Cincang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN