bingka pandan

Peminat kuih tradisional pasti seronok jika dapat tahu adanya cara buat Bingka Pandan yang tak banyak jalan kerja dan boleh buat sendiri di rumah.

Sesetengah orang memanggil Bingka Pandan sebagai bengkang pandan, tapi ada juga yang memanggilnya kuih bakar pandan terutama mereka yang duduk di kampung.

Walaupun ia merupakan antara kuih lama, namun sampai sekarang masih ada yang membuatnya. Senang cerita, ia merupakan kuih tradisional yang tak lapuk dek zaman.

Nak buat kuih klasik ini dengan cara paling mudah dan ringkas, anda boleh mengikut resipi yang dikongsikan oleh Imah Akmal di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Bengkang Ubi Kayu, Ini Rahsia Dapat Hasil Yang Lembut Manja

RESIPI BINGKA PANDAN

bingka pandan

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1½ cawan tepung gandum
  • ¾ cawan gula (jika suka manis, buat 1 cawan)
  • 1 cawan santan kotak kecik (saya guna KARA)
  • 2 cawan air daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Pewarna hijau (jika air pandan tak cukup hijau)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, blend telur lebih kurang 3 hingga 4 minit.

2. Selepas itu, blend semua bahan sekali dengan telur yang sudah diblend awal tadi.

bingka pandan

3. Seterusnya, sapu loyang dengan minyak atau marjerin, saya guna loyang 8×8.

4. Akhir sekali, bakar pada suhu 180°C selama 1 jam. Setelah sejuk, baru boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Apa yang membuatkan ramai teruja ketika membuat Bingka Pandan ini adalah baunya yang sungguh semerbak, silap-silap sampai jiran sebelah pun boleh bau kesedapannya.

Hasilnya yang lemak manis dan cukup serasi dengan tekak pasti membuatkan sesiapa saja berselera untuk memakannya ketika sarapan atau minum petang.

Manalah tahu tiba-tiba ada tetamu nak datang ke rumah tapi tiada idea hidangan, anda boleh buat saja Bingka Pandan ini dan kelazatannya pasti dapat pujian nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Imah Akmal

Baca juga: Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN