resepi kek coklat kukus

Jika anda peminat kek yang lembut dan tidak muak, resepi kek coklat kukus ini pasti akan memikat hati. Walaupun tanpa topping coklat, kek ini tetap sedap dinikmati begitu saja.

Jadi, jika anda mencari resipi yang mudah dan tidak rumit, kek coklat moist kukus ini adalah pilihan yang tepat. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Coklat Cheese Kukus, Saiznya Yang Kecil Comel Senang Nak Makan!

RESEPI KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Planta (untuk sapuan loyang)

Cara-cara:

  1. Masak serbuk koko, gula pasir, minyak masak, susu pekat, dan susu cair dalam kuali sekejap, jangan sampai menggelegak—cukup sekadar semua sebati. Tutup api dan ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder ke dalam satu mangkuk.
  3. Setelah bahan yang dimasak agak suam, masukkan ke dalam blender. Tambahkan 4 biji telur, dan blend sekejap.
  4. Masukkan campuran tepung yang diayak ke dalam blender dan blend sehingga semua sebati.
  5. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Sapukan sedikit Planta pada loyang, kemudian masukkan adunan kek ke dalam loyang.
  6. Apabila air sudah mendidih, masukkan adunan kek tadi. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
  7. Gandakan bahan untuk mendapatkan kek yang lebih besar.

Kredit resipi dan gambar: Noriza Awang Hamat

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN