Kek marble merupakan salah satu kek yang cukup popular dalam kalangan ibu-ibu kerana bukan saja cantik, cara buat kek marble juga mudah.
Terdapat pelbagai perisa yang boleh dicuba, dan salah satu yang menarik adalah kek marble red velvet yang menawan ini.
Kalau ada yang ingin mencubanya, ikut sahaja resipi hasil perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Ana Mohd di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kek Marble Gebu Guna Sukatan Cawan, 1 Resipi Boleh Buat Pelbagai Perisa!
CARA BUAT KEK MARBLE RED VELVET
Bahan A:
- 3/4 cawan marjerin
- 120-130g cream cheese
Bahan B:
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu besar minyak
- Esen vanila
Bahan C:
- 4 biji telur gred B
Bahan D:
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (jika tiada, boleh guna tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder)
Cara-cara:
- Satukan bahan A dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga sebati (2-3 minit).
- Masukkan bahan B dan teruskan memukul sehingga campuran menjadi pucat, lebih kurang 5-6 minit.
- Tambahkan telur satu persatu, pukul sehingga sebati sebelum menambah telur seterusnya.
- Masukkan bahan D sedikit demi sedikit pada kelajuan rendah sehingga adunan rata.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Bahan pes red velvet:
- 1/2 sudu besar red velvet emulco
- 1/2 sudu besar serbuk koko
- 1/2 sudu besar air panas
Cara penyediaan:
- Campurkan red velvet emulco, serbuk koko, dan air panas untuk membuat paste red velvet.
- Masukkan paste red velvet ke dalam satu bahagian adunan, biarkan satu bahagian lagi original.
- Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli atau dalam tompok-tompok. (Saya menggunakan loyang petak bersaiz 8×8 inci.)
- Bakar pada suhu 160°C dengan api atas dan bawah selama 45 minit. Pada 15 minit terakhir, letakkan loyang di rak bawah.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ana Mohd
Baca juga: Resipi Kek Marble Jelita Paling Sedap & Mudah, Ada 1 Bahan RAHSIA Wajib Letak