resepi kuih ketayap

Entri hari ini adalah resepi kuih ketayap atau ada yang memanggilnya sebagai kuih dadar gulung. Kuih ini mempunyai inti kelapa yang sangat manis.

Tekstur kuih pula adalah lembut dan berlubang-lubang. Kuih ketayap ini enak sekiranya kulit yang membaluti inti kelapa tidak terlalu tebal.

Jom ikut resipi kuih ketayap yang lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Rahsia Dadih Lembut & Bergedik Tanpa Serbuk Segera, Kena Tambah 1 Jenis Tepung Ini

RESEPI KUIH KETAYAP

Bahan-bahan untuk kulit kuih ketayap:

  • 2 cawan tepung gandum (Disyorkan guna jenama Cap Ros)
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 biji telur (boleh buang tali pusatnya, atau jika tidak suka boleh abaikan)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau epal
  • 1 cawan air pandan (boleh buat sendiri dengan kisar daun pandan)
  • 1 ¼ cawan santan cair (jika adunan terlalu pekat, boleh tambah air)

Nota: Jika tidak suka menggunakan santan, boleh gantikan dengan air biasa.

Bahan-bahan untuk inti kelapa:

  • 1 biji kelapa parut
  • ½ cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir (boleh ubah ikut tahap kemanisan yang disukai)
  • ½ cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung gandum (untuk memastikan inti tidak berderai)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Kulit Kuih:

1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dalam satu bekas.

2. Blender adunan sehingga halus.

3. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak untuk mengelakkan adunan melekat.

4. Tuang sedikit adunan ke dalam kuali, kemudian lenggangkan sehingga rata.

5. Apabila masak, angkat kulit ketayap dan letakkan inti kelapa di tengah-tengah.

6. Gulung kulit ketayap dengan kemas.

7. Masak gula merah bersama air dan daun pandan sehingga gula larut sepenuhnya.

8. Tapis air gula untuk membuang sebarang kekotoran.

9. Masukkan kelapa parut ke dalam air gula yang telah ditapis dan kacau sehingga air kering serta kelapa masak.

10. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.

Tip:

Jika ingin memberikan warna yang lebih gelap pada inti, anda boleh menambah sedikit kicap pekat.

Selamat mencuba!

Sumber: Rahmah Rosmin

Baca lagi: Sambal Pecak Guna 5 Bahan Mudah, Sedap Makan Dengan Nasi Berlauk

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN