resepi dadih susu

Beli dadih di luar kadang-kadang memang mengecewakan. Banyak kali kita dapat dadih yang tak berkrim dan rasanya sangat nipis. Lagilah kalau pilih yang berperisa, rasanya cuma manis gula. Jadi, kenapa tidak cuba resepi dadih susu sendiri di rumah?

Hari ini, MyResipi akan kongsikan cara membuat dadih yang lebih berlemak dan berkrim dari yang biasa anda beli di kedai. Resipi ini juga mempunyai satu rahsia untuk menghasilkan dadih yang jauh lebih sedap, iaitu dengan menambah tepung jagung.

Selain itu, dadih buatan sendiri ini juga tidak akan cair atau keras, sebaliknya mempunyai tekstur yang lembut dan bergedik seperti puding sedut. Tunggu apa lagi, jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Puding Strawberry Yang Kurang Manis, Tak Muak Bila Makan!

RESEPI DADIH SUSU TANPA SERBUK SEGERA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 150 gm gula (boleh tambah lagi jika mahu lebih manis, mpunya resipi buat dengan tahap kemanisan sederhana)
  • 20 gm serbuk agar-agar (empunya resipi gunakan cap bunga raya)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 liter susu segar/susu kotak
  • 500 ml air
  • Perasa (ikut selera, boleh pilih perasa apa pun)

Cara-cara:

  1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung, dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan agar-agar larut. Gunakan api perlahan pada awalnya sehingga agar-agar larut, kemudian tingkatkan api hingga mendidih.
  2. Setelah agar-agar larut, tapis campuran tersebut. Selepas ditapis, masukkan susu dan kacau hingga sebati. Tidak perlu masak lagi selepas menambah susu.
  3. Bahagikan campuran kepada beberapa bahagian mengikut perisa yang diingini. Saya menggunakan tiga perisa: plain, cocoa, dan nescafe. Jika menggunakan nescafe, masukkan separuh paket sahaja; jika menggunakan satu paket, rasanya mungkin terlalu manis.
  4. Tuangkan campuran ke dalam cup dan biarkan sejuk.
  5. Setelah sejuk, tutup cup dan simpan dalam peti ais selama 1-2 jam.
  6. Dadih siap untuk dimakan.

Kredit resipi dan gambar: Nur Haziqah

Baca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN