tauhu terbalik

Selalu kita dengar orang buat tauhu begedil saja, tapi ada resipi lain dari yang lain iaitu Tauhu Terbalik yang rangup tau.

Hidangan ini dinamakan sebagai Tauhu Terbalik kerana ia menggunakan sejenis tauhu yang dipanggil tauhu pong, iaitu tauhu kering yang digoreng, kemudian ia diterbalikkan sebelum diisi dengan inti dan digoreng sehingga garing.

Resipi Tauhu Terbalik yang dikongsikan oleh dilakhairudin di Lemon8 ini nampak sangat menyelerakan untuk dibuat di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Tahan Lama, Dah Lebih Seminggu Pun Masih Putih Bersih

RESIPI TAUHU TERBALIK

tauhu terbalik

Bahan-bahan:

  • Tauhu pong
  • 2 cawan tepung ubi
  • 3 sudu tepung gandum
  • Crabstick (dipotong dadu)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Perasa secukupnya
  • Sedikit garam
  • Ayam cincang
  • Air panas secukupnya
  • Minyak masak

Cara-cara:

1. Mula-mula, goreng tauhu pong sehingga kekuningan, angkat dan toskan.

2. Kemudian, belah dua tauhu pong goreng tadi, ambil isinya dan letakkan dalam bekas lain sebab nak guna lagi nanti.

3. Masukkan tepung ubi, tepung gandum, crabstick, isi tauhu pong goreng tadi, daun bawang, perasa, garam, ayam cincang, dan air panas ke dalam mangkuk, kemudian gaulkannya sehingga adunan sebati.

4. Seterusnya, ambil satu sudu adunan dan letakkan di atas kulit tauhu pong goreng tadi. Tak perlu tutupkannya sebab apabila goreng nanti ia takkan terlerai. Buat sampai semua adunan habis.

tauhu terbalik

5. Akhir sekali, goreng dalam minyak yang panas sehingga garing, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Cara membuatnya cukup mudah dengan hanya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, anda sudah berjaya menghasilkan hidangan untuk dikunyah-kunyah di rumah.

Bukan setakat hidangan ini boleh dijadikan sebagai minum petang, malah Tauhu Terbalik juga enak dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan.

Nak tambahkan lagi kelazatannya, anda boleh hidangkan Tauhu Terbalik ini bersama sambal kicap yang padu dan orang tersayang pasti menyukainya sampai tak berhenti makan.

Selamat mencuba!

Sumber: dilakhairudin

Baca juga: Cucur Tauhu Anti Gagal, Makan Dengan Sambal Kicap Lebih Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN