cara buat nasi minyak

Kalau rasa bosan dengan nasi putih yang biasa, apa kata jom cuba cara buat nasi minyak ini. Ia bukan saja sedap, tapi aromanya pun sangat menggoda!

Resipi nasi minyak ini cukup mudah dan pasti memikat selera. Ada satu bahan rahsia yang perlu ditambah supaya nasi minyak anda lebih istimewa.

Bahan-bahannya memang mudah didapati dan cara penyediaan pun tak rumit. Mari lihat resipi penuh seperti perkongsian oleh Puan Ameera di bawah.

Baca juga: Cara Masak Nasi Tanpa Kanji, Letak 1 Jenis Daun Ini Baru Nasi Jadi Sedap!

CARA BUAT NASI MINYAK & TIPS LAGI SEDAP

Bahan-bahan:

  • 6-7 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 4 sekawan (biji pelaga, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang)
  • 1 sehelai daun pandan
  • Separuh tin susu cair
  • 1 sudu makan oren Sunquick
  • Garam secukup rasa
  • 4 pot beras basmati (dah dibasuh bersih)
  • 7 pot air (termasuk susu cair)

Cara-cara:

  1. Hiris nipis bawang merah, bawang putih,dan halia.
  2. Masukkan minyak sapi dan minyak masak. Tambahkan 4 sekawan (biji pelaga, cengkih, kulit kayu manis, dan bunga lawang) dan bawang serta halia yang dihiris nipis bersama daun pandan. Masak hingga semua bahan kekuningan.
  3. Masukkan separuh tin susu cair dan 1 sudu makan oren Sunquick. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
  4. Tambahkan 4 pot beras basmati yang telah dibasuh bersih. Kacau rata.
  5. Masukkan 7 pot air (termasuk susu cair yang digunakan). Kacau hingga sebati.
  6. Tuang campuran ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.

Selamat mencuba!

Kredit: Ameera

Baca juga: Cara Buat ‘Rice Pancake’ Guna Lebihan Nasi, Sedap Cicah Dengan Sos Cili

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN