Menjadi kebiasaan untuk kita jumpa karipap berintikan kentang, ayam, daging dan ikan. Tapi pernah tak anda rasa dan cuba karipap telur rebus?
Kalau tak biasa, entri kali ini kami bawa resipi istimewa iaitu karipap berinti telur rebus yang sedap dan tak rugi cuba.
Kalau ada lebih telur rebus di rumah, boleh cuba resipi di bawah ini.
Baca juga: Cara Buat Sambal Bangkok Yang Tak Cepat Rosak, Sedap Menyengat!
RESIPI KARIPAP TELUR REBUS
Bahan-bahan untuk kulit karipap:
- 1 kg tepung gandum
- 1/2 sudu besar garam
- Air secukupnya
- 250 ml minyak masak, dipanaskan
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak hingga benar-benar panas.
2. Masukkan garam ke dalam tepung, dan tuangkan minyak panas ke atasnya. Gaul rata sehingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit, dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Jika suka, boleh tambahkan 2 sudu tepung beras dan air kapur untuk tekstur lebih rangup.
Bahan-bahan untuk inti karipap:
- 1 kg kentang, dipotong dadu
- Gula secukup rasa
- Daun sup, dihiris
- Udang geragau
- Serbuk kari
- Lada kering (2 senduk)
Cara Penyediaan:
1. Tumis lada kering hingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kari pedas dan gaul rata.
2. Tambahkan air, udang geragau, dan kentang. Masak sehingga kentang empuk dan inti hampir kering.
3. Akhir sekali, masukkan daun sup. Sesuaikan kepekatan inti mengikut selera.
Menggoreng karipap:
1. Bentukkan karipap dengan memasukkan inti kentang dan telur rebus.
2. Goreng hingga keemasan.
Selamat mencuba dan jangan lupa baca Bismillah sebelum memulakan!
Sumber: Aslinda Azlan
Baca juga: Keropok Ikan Bilis Guna Nasi Semalam, Sesuai Untuk Minum Petang!