makaroni ayam

Tiba-tiba rasa lapar pula tapi dah jemu makan nasi. Apa kata anda cuba resipi makaroni ayam dan sayur yang semudah mengira 123 ini.

Jika yang pernah ke Itali, rasa makaroni ini sama macam di Negara Eropah sana. Bagi yang tak pernah ke sana, inilah masanya untuk anda mencuba resipi ini.

Tambahan pula, bahan-bahan untuk resipi ini juga mudah untuk dibeli. Tak rugi kalau cuba, ye kan?

Jom baca resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Shida Razak KC ini.

Baca juga: Rahsia Perapan Kambing Yang Mantul, Kalah Yang Ada Di Pasaran!

RESIPI MAKARONI AYAM & SAYUR

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan macaroni kering (untuk satu hidangan)
  • Bawang putih cincang
  • Dada ayam atau protein pilihan
  • Cendawan
  • Cili cincang (guna cili padi jika suka pedas)
  • Brokoli atau sayur pilihan seperti tomato ceri, bayam, lobak merah, asparagus
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu besar serbuk keju Parmesan
  • Sedikit pasli dan oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Telur rebus (pilihan)

Cara Penyediaan:

1. Rebus macaroni sehingga lembut, kemudian tos dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cendawan, ayam, dan cili. Tumis hingga ayam masak dan sayur layu.

3. Masukkan brokoli dan sayur-sayuran lain mengikut citarasa.

makaroni ayam

4. Tambahkan macaroni, garam, madu, keju Parmesan, pasli, oregano, dan serbuk lada hitam. Gaul hingga sebati.

5. Hidangkan dengan telur rebus sebagai tambahan protein.

makaroni ayam

Selamat mencuba!

Sumber: Shida Razak KC

Baca juga: Resipi Brownies Paling Mudah. Sesuai Untuk Yang Tak Suka Manis, Rasa Ngam Dengan Tekak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN