udang goreng cili apiEntri hari ini kami kongsikan hidangan istimewa, iaitu udang goreng cili api petai. Resipi ini lain dari kebiasaan kerana perlu goreng udang dahulu

Apabila sudah menggoreng udang bersama sedikit kunyit, tambahkan sedikit garam untuk meningkatkan rasa masakan itu.

Selepas itu, gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan kisar yang terdiri daripada bawang merah, bawang putih, cili padi, dan lada besar.

Jom tengok resipi lauk kampung di bawah ini yang cukup enak dan pasti akan membuatkan anda berselera menambah nasi.

Baca juga: Cara Buat Air Carrot Susu Yang Menyegarkan, Buat Sendiri Boleh Minum 1 Jag!

RESIPI UDANG GORENG CILI API PETAI

Bahan-bahan:

  • Udang (dibuang kulit dan dibelah belakang)
  • Serbuk kunyit dan garam (untuk lumuran udang)
  • Bawang besar merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Lada besar merah dan hijau
  • Sos tiram, garam, dan gula
  • Petai

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan goreng udang sekejap. Ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram, garam, gula, dan petai. Gaul rata.

4. Masukkan udang, masak sehingga sebati.

udang goreng cili api

Hidangan ini yang cuku mudah tetapi enak ini, perlu dihidangkan panas-panas bersama nasi putih dan juga kicap lemak manis.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Johor, Kuah Pekat Elok Baru Kaw!

Sumber: Resepi Mudah & Simple

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN