Air carrot susu adalah antara minuman yang sering dipesan oleh kebanyakan orang setiap kali makan di kedai. Rasanya yang manis dan segar sangat nikmat, lebih-lebih lagi jika diminum ketika cuaca panas.
Rupanya, cara membuatnya tidaklah susah jika ada yang ingin mencubanya di rumah. Bukan saja mudah, malah lebih puas kerana boleh buat dalam kuantiti yang banyak sekali gus.
Jom lihat resipi lengkap di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Facebook. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Hot Chocolate Yang Kaw & Pekat, Ada 2 Bahan Ini Dah Cukup!
CARA BUAT AIR CARROT SUSU
Bahan-bahan (untuk 1 jug kecil):
- 1 biji carrot (lobak merah)
- 1 cawan air sejuk
- 2-3 sudu makan susu pekat atau 1 cawan susu segar (Jika menggunakan susu segar, campurkan dengan 3-4 sudu makan air gula)
- Air batu secukupnya
- Blender atau blender jus
Cara-cara:
- Potong kecil-kecil carrot.
- Blend carrot bersama air sejuk hingga halus.
- Masukkan susu ke dalam jug.
- Tapis carrot yang telah diblend untuk mendapatkan jusnya sahaja.
- Tekan carrot yang ditapis menggunakan sudu untuk mengeluarkan jus yang lebih banyak.
- Kacau jus carrot bersama susu dalam jug. Tambah air sejuk atau air batu secukupnya.
- Minuman air carrot susu anda kini siap untuk dinikmati!
Kredit resipi dan gambar: Siti Rozaliza
Baca juga: 7 Teh Herba Yang Terkenal & Baik Untuk Kesihatan, No.3 Paling Ramai Suka!