resepi sup ayam simple

Resepi sup ayam simple ini sesuai buat mereka yang ingin memasak menu yang cepat dan menjimatkan masa. Bukan itu saja, ia juga berkhasiat terutama untuk melegakan demam.

Selain itu, sup ayam ini juga jernih dan tidak keruh. Apabila dimakan, anda akan menikmati rasa sup yang ‘clean’ dan tidak berminyak.

Dengan beberapa bahan mudah, anda akan dapat menghasilkan sup ayam yang bukan sahaja sedap tetapi juga menyegarkan. Jom kita lihat bagaimana caranya!

Baca juga: Isi Ayam Tak Laku, Bila Buat ‘Sup Ayam Bungkus’ Macam Ini Confirm Licin!

RESEPI SUP AYAM SIMPLE VERSIH JERNIH & TAK KERUH

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 1 biji (hiris)
  • Bawang putih 1/2 labu (hiris)
  • Halia muda secukupnya (hiris)
  • Sup bunjut
  • Cili burung 3 biji
  • Daun salam 2 helai
  • Air secukupnya
  • Ubi kentang 3 biji (saiz kecil)
  • Kepak ayam 500 gram
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang, sup, atau ketumbar

Cara memasak:

  1. Tumis hirisan bawang besar bawang putih dan  halia bersama sup bunjut, cili yang digunting dan daun salam sehingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan air secukupnya.
  3. Tak perlu tunggu air mendidih, terus masukkan ubi kentang dan ayam.
  4. Masak atas api perlahan.
  5. Bila ubi dah empuk, perasakan dengan garam.
  6. Taburkan juga daun bawang, daun sup atau daun ketumbar.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: TikTok @emymellisa

Baca juga: Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam, Kembalikan Selera Ketika Tak Sihat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN