ikan keli goreng

Resipi ikan keli goreng berempah ini cukup mudah dibuat. Bahan-bahan perapannya juga tidak menggunakan bahan-bahan yang renyah.

Ikan keli selepas digoreng juga lurus elok dan tidak bengkok. Bukan itu sahaja, ikan keli juga tidak meletup ketika digoreng.

Jika ada yang ingin cuba, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok

RESEPI IKAN KELI GORENG BEREMPAH

ikan keli goreng

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan keli (basuh dengan cuka, limau nipis, atau air asam jawa untuk menghilangkan hanyir ikan) dan toskan
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam (boleh tambah jika perlu)
  • 2 cubit gula
  • 1 sudu teh serbuk cili (jika tidak mahu letak, tidak mengapa)
  • 2 sudu besar tepung beras atau tepung jagung

Bahan kisar:

  • 1 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 batang serai (setiap batang dipotong kepada 3 bahagian)

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan kisar di atas. Kisar sekejap sahaja agar bahan tersebut tidak terlalu halus.
2. Satukan ikan keli dengan bahan kisar, serbuk kunyit, garam, gula, dan serbuk cili. Gaul rata dan perap selama 1 jam supaya bahan kisar meresap dengan baik ke dalam ikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Masukkan tepung beras ke dalam ikan yang telah diperap tadi dan gaul rata.
5. Setelah minyak panas, goreng ikan hingga garing.

Kredit resipi dan gambar:Mariana Zainal

Baca juga: Wajib Buang ‘Benda’ Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN