Mudahnya bila ada pes mee goreng homemade ini. Bila nak masak, tinggal masukkan mi dan lauk saja.
Pes ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja. Apabila pulang ke rumah, boleh terus masak malam menggunakan pes ini. Sangat memudahkan!
Jadi, anda boleh cuba buat sendiri pes mi goreng ini di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook di bawah.
Baca juga: Resipi Char Kuetiau Paling Mudah, Tak Perlu Guna Pes Atau Air Kulit Udang!
RESIPI PES MEE GORENG
Menurut Visalakshi Suparamaiam, resipi daripada ibunya ini digunakan oleh ayahnya untuk berniaga.
Berikut merupakan perkongsian penuh olehnya:
“Emak saya harini buat sambal utk masak mee goreng. Esok ayah saya nak buka gerainya selepas hampir 4 tahun berehat. Sambal ni untuk ayah guna di gerainya nanti.
Bila terhidu keharuman sambal, Amma teringin makan mee goreng mamak. Terus ke dapur buat mee goreng. Sedapnya.
Ayah tidak la sekuat dulu tapi syukur masih lagi boleh masak dan drive. Jadi bila beliau kata nak buka gerainya, kita orang pun tak nak halang hasrat beliau. Biar la beliau buat benda yang menggembirakan beliau.
Ada orang tua kalau duduk rumah je cepat jatuh sakit dan rasa murung. Jadi kami semua tak nak ganggu hasrat ayah, cuma cakap dgn beliau ” buat secara kecilan je, jangan susahkan diri sangat”. Ayah gembira untuk berniaga semula.”
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Serbuk cili
- Bawang putih yang dikisar
- Garam
- Serbuk ikan bilis atau serbuk udang kering
Cara penyediaannya:
- Tumis serbuk cili, guna minyak lebih.
- Bila dah hilang bau serbuk cili, tambahkan bawang putih yang dikisar.
- Kacau sehingga pecah minyak.
- Tambah garam secukup rasa.
- Boleh juga tambahkan serbuk ikan bilis atau serbuk udang kering.
Kredit resipi dan gambar: Visalakshi Suparamaiam
Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!