kedai makan nasi campur

Selain restoran asam pedas, sebenarnya terdapat banyak kedai makan nasi campur yang sedap dan sesuai buat anda yang bercuti di Melaka bersama keluarga.

Orang Malaysia memang tak lari daripada nasi campur. Oleh itu, kami kongsikan beberapa kedai makan nasi campur yang menarik dan sedap untuk anda cuba di Melaka. Jom serbu!

Baca juga: “Lain Macam Potong Piza Guna Parang”- Tempat Makan Viral Baru Di Melaka!

10 KEDAI MAKAN NASI CAMPUR DI MELAKA YANG SEDAP

1. Kedai Nasi Campur Melayu Melaka

kedai makan nasi campur

Kedai makan ini merupakan antara kedai nasi campur di Melaka yang terbaik. Walaupun semua lauk yang disediakan sangat ringkas, tapi ia lebih murah, sedap dan berbaloi.

Alamat: Taman Peringgit Jaya, 75400 Peringgit, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, jam 9.30 pagi hingga 2 petang
Rating Google: 4.5 ⭐⭐⭐⭐

2. Hot Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

kedai makan nasi campur

Jika teringin makan nasi kukus berlauk, anda boleh datang ke kedai nasi campur ini bersama keluarga. Dalam banyak-banyak lauk, semestinya anda kena cuba ayam goreng berempah yang mantap.

Alamat: 4, Jalan Permai 1, Taman Perkota, 75150 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 10 pagi hingga 6 petang
Rating Google: 4.5 ⭐⭐⭐⭐

3. Kedai Makan Bawah Pokok

kedai makan nasi campur

Kedai nasi campur ini mempunyai nama yang menarik perhatian orang ramai untuk datang singgah makan di sini. Selain ayam gorengnya yang besar, ada juga ayam kurma dan sambal tempe yang sedap.

Alamat: 4, Jalan Kota Laksamana 2/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, jam 11 pagi hingga 3 petang
Rating Google: 4.4 ⭐⭐⭐⭐

4. Asam Pedas Kak Su

kedai makan nasi campur

Kedai nasi campur ini terkenal dengan asam pedas yang tak terlalu pedas, sesuai buat mereka yang kali pertama memakannya. Selain asam pedas, ada juga lauk ikan keli masak lemak cili api, ikan bakar dan lain-lain. Wajib cuba aiskrim duriannya yang sangat segar!

Alamat: Kampung Jambatan Duyong, 75460 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, jam 10 pagi hingga 5 petang
Rating Google: 4.1 ⭐⭐⭐⭐

5. Restoran Lot 85

kedai makan nasi campur

Selain nasi campur yang menjadi fokus utama, kedai makan ini juga menyediakan nasi briyani, kari ikan, ayam goreng, asam pedas dan rojak. Jangan lupa untuk cuba teh tariknya yang padu!

Alamat: Jalan Putri Hang Li Poh 75400, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, jam 9 pagi hingga 5 petang
Rating Google: 4.0 ⭐⭐⭐⭐

6. Kedai Makan MAK JENAB

kedai makan nasi campur

Pelbagai hidangan disediakan di kedai nasi campur ini yang pasti memikat selera anda sekeluarga. Antara makanan yang anda wajib cuba di sini ialah asam pedas yang sensasi dan kerabu mangga yang segar.

Alamat: C4334, 75150, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 11 pagi hingga 2 petang
Rating Google: 4.0 ⭐⭐⭐⭐

7. Restoran Nasi Beringin Melaka

kedai makan nasi campur

Nak makan nasi campur pada waktu malam, anda boleh datang ke sini. Bukan saja lauk pauknya enak belaka, malah restoran ini sangat bersih, selesa dan sesuai untuk keluarga.

Alamat: 54, Jalan Seri 7, Taman Cheng Baru, Cheng, 75260 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 8 pagi hingga 11 malam
Rating Google: 3.9 ⭐⭐⭐⭐

8. Hajah Rahmah Haji Ibrahim Kari Kepala Ikan

kedai makan nasi campur

Seperti namanya, kedai ini sangat popular dengan menu utamanya iaitu kari kepala ikan. Bukan setakat ada pelbagai hidangan lauk, malah asam pedas juga ada di sini.

Alamat: Kampung Bukit Sama Tahu, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 10 pagi hingga 6 petang
Rating Google: 3.9 ⭐⭐⭐⭐

9. Warung Pak Enal

kedai makan nasi campur

Kedai makan ini menyediakan lauk yang banyak sehingga rambang mata. Anda boleh nikmati nasi campur bersama sup ayam atau sup kambing di sini, siap ada coconut shake!

Alamat: 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 8.30 pagi hingga 4 petang
Rating Google: 3.8 ⭐⭐⭐⭐

10. Nasi Campur Dataran Pahlawan

kedai makan nasi campur

Jika datang ke Dataran Pahlawan yang merupakan lokasi pusat membeli-belah paling menarik di Melaka, anda boleh singgah makan di kedai nasi campur ini yang menyediakan pelbagai hidangan lauk yang menyelerakan.

Alamat: Banda Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 10 pagi hingga 5 petang
Rating Google: 3.3 ⭐⭐⭐⭐

Semoga anda sekeluarga seronok bercuti ke Melaka!

Sumber: plotsawitmelaka

Baca juga: 5 Kedai Asam Pedas PALING SEDAP Di Melaka, Rugi Tak Singgah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN