apam lambung

Apam lambung merupakan kuih yang terkenal di sekitar Thailand. Kuih ini juga dikenali dengan nama apam telur.

Kini, apam lambung juga semakin diminati oleh orang Malaysia. Malah, agak susah untuk mencari kedai yang menjual kuih ini.

Oeh itu, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Encik Muliadi Ramli di bawah.

Baca juga: Resipi Apam Bajet Guna Bahan Apa Yang Ada, Hasilnya Sangat Gebu & Menawan!

RESIPI APAM LAMBUNG

Bahan-bahan:

  • Tepung beras – 3 cawan
  • Tepung ubi – 3 sudu besar
  • Yis mauripan – 2 sudu kecil
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – 3/4 cawan (boleh tambah jika suka lebih manis)
  • Pewarna kuning – 1 sudu kecil
  • Perasa vanilla – 2 sudu kecil (untuk menghilangkan hanyir telur)
  • Air – 2 cawan (jika adunan pekat, boleh tambah sedikit air panas)
  • Telur – 6 biji
  • Kelapa parut putih sahaja (kukus dan campur sedikit garam supaya tahan lama)

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung beras, yis, tepung ubi, garam, dan gula dalam satu bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tutup bekas dan biarkan adunan selama 1 hingga 2 jam.

2. Setelah itu, ambil adunan dan tambahkan sedikit pewarna kuning serta perasa vanilla. Kacau rata.

3. Masukkan adunan ke dalam bekas, anggaran 1 1/2 cawan. Tambahkan 2 biji telur dan kacau hingga sebati. (Satu biji kuih biasanya memerlukan satu biji telur, jadi lebih telur membuatkan apam lebih sedap).

4. Adunan harus agak cair. Tuangkan ke dalam bekas acuan yang telah disapu dengan minyak.

5. Bakar di atas api perlahan. Apabila apam mula keperangan, balikkan untuk memastikan bahagian bawahnya juga masak dengan rata.

apam lambung

6. Setelah masak, boleh angkat.

7. Hidangkan dengan kelapa parut, guna kelapa muda lebih sedap jika ada. Selamat mencuba!

apam lambung

Kredit resipi dan gambar: Wani Sulinan

Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN