jenis buah buahan

Makan pelbagai jenis buah-buahan segar dan sayuran adalah kunci kepada diet yang sihat. Kedua-duanya kaya dengan vitamin, mineral, serat, dan antioksidan yang penting untuk kesihatan tubuh.

Sayuran umumnya boleh dimakan pada bila-bila masa, tetapi buah-buahan perlu dielakkan pada waktu tertentu, terutama pada waktu malam. Ini kerana kandungan gula yang tinggi dalam buah-buahan boleh mengganggu tidur dan meningkatkan berat badan.

Baca juga: Tips Buah Yang Sudah Dipotong Kekal Segar & Tak Hitam, Memang Berkesan!

JENIS BUAH BUAHAN PERLU ELAK MAKAN PADA WAKTU MALAM

Berikut adalah beberapa buah yang disarankan untuk tidak dimakan pada waktu malam kerana kandungan gula yang tinggi, menyebabkan ketidakselesaan perut, atau boleh mengganggu tidur:

1. Buah Sitrus (Oren, Lemon, Limau Gedang)

Buah sitrus mengandungi kandungan asid yang tinggi. Memakannya sebelum tidur boleh menyebabkan pedih ulu hati atau refluks asid yang sekaligus mengganggu tidur anda.

2. Nanas

Buah nanas pula terkandung gula yang tinggi dan boleh menyebabkan kembung perut. Kandungan bromelain dalam nanas juga boleh menyebabkan ketidakselesaan perut bagi sesetengah individu.

3. Pisang

Pisang kaya kalium dan gula. Memakan pisang sebelum tidur boleh menyebabkan perut kembung dan meningkatkan kadar gula dalam darah, yang boleh mengganggu kualiti tidur.

4. Mangga

Mangga tinggi dengan kandungan gula, yang mana boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dan mengganggu tidur. Selain itu, kandungan serat yang tinggi boleh menyebabkan perut tidak selesa jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

5. Anggur

Buah anggur mengandungi banyak gula, yang boleh mengganggu tidur dan menyebabkan peningkatan berat badan jika dimakan dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam.

6. Ceri

Walaupun ceri mengandungi melatonin semula jadi, memakannya dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, seperti kembung atau cirit-birit.

7. Tembikai

Tembikai mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Memakannya sebelum tidur boleh menyebabkan anda kerap ke tandas pada waktu malam, mengganggu tidur yang nyenyak.

Berikut merupakan buah-buahan terbaik untuk dimakan pada waktu malam:

  • Kiwi: Mengandungi serotonin yang membantu mengatur corak tidur dan meningkatkan kualiti tidur.
  • Plum: Buah rendah glisemik yang kaya dengan antioksidan dan serat, menyokong pencernaan dan tidur yang nyenyak.
  • Aprikot: Buah rendah gula yang membantu menstabilkan gula darah dan kaya dengan magnesium untuk melegakan otot.
  • Pic: Berjus dan penuh dengan vitamin dan mineral yang menyokong kesihatan dan tidur yang baik.
  • Betik: Mengandungi enzim papain yang memudahkan pencernaan dan mencegah ketidakselesaan malam.

Sumber: Medium

Baca juga: Rupanya Ini Jenis Buah & Sayur Yang Boleh Makan Tanpa Kupas, Baru Tak Membazir!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN