sambal nasi lemak sedapRamai orang yang sudah berkongsi tip atau cara untuk dapatkan nasi lemak yang enak. Tapi, macam mana pula dengan sambal nasi lemak sedap?

Sambal juga merupakan peranan besar dalam mendapatkan nasi lemak yang sedap. Cara memasak cili itu juga perlu lama untuk hasilkan sambal yang kualiti.

Jom tengok perkongsian Encik Rohim Ismail.

Baca juga: Resipi Sambal Cuka Versi Ekspres, Ini Tips Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

RESIPI SAMBAL NASI LEMAK SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 guni bawang besar (5kg), dihiris
  • 200g ikan bilis, digoreng
  • 100g ikan bilis, dikisar
  • 2kg minyak masak
  • 200g cili kering, dikisar
  • 200g cili api, dikisar
  • 500g bawang putih, dikisar
  • 300g halia muda, dikisar
  • 200g lengkuas muda, dikisar
  • Garam
  • Gula
  • Air gula melaka
  • Air asam jawa

Tip: Cili kering dan cili api direbus dahulu sehingga lembut sebelum dikisar halus bersama bijinya.

Cara memasak sambal:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Goreng bawang besar yang dihiris sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

sambal nasi lemak sedap

3.  Tumis bahan kisar (ikan bilis, bawang putih, halia, dan lengkuas) selama lebih kurang 15 minit sehingga naik bau.

4. Selepas 15 minit, masukkan cili kering dan cili api yang telah dikisar. Masak selama lebih kurang 45 minit atau sehingga pecah minyak.

5. Selepas 45 minit atau apabila minyak sudah pecah, masukkan garam, gula, air gula melaka, air asam jawa, dan perasa lain. Sesuaikan rasa mengikut kesukaan anda.

6. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang besar yang telah digoreng tadi.

7. Kacau lagi sehingga sambal benar-benar masak dan pecah minyak. Proses ini mungkin mengambil masa 2 hingga 3 jam atau lebih untuk memastikan sambal benar-benar masak dan mencapai rasa yang diingini.

sambal nasi lemak sedap

Petua: Sambal nasi lemak yang tidak cukup masak akan kurang sedap, tidak tahan lama, dan boleh menyebabkan sakit perut. Oleh itu, pastikan sambal dimasak dengan betul sehingga pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang ‘ummph

Sumber: Rohim Ismail

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN