pancake durian

Musim durian masih hangat sekarang dan salah satu makanan viral yang dibuat dengan durian ialah Pancake Durian.

Pancake Durian sama seperti durian crepe yang selalu dihebohkan ramai, iaitu sejenis makanan ringan berupa puree atau isi buah durian yang disalut dengan kulit (lempeng) tepung.

Durian merupakan buah tropika yang terkenal dengan aroma yang kuat dan rasa yang tersendiri. Oleh sebab itu, ia membawa rasa yang unik kepada Pancake Durian juga.

Jika anda belum pernah makan Pancake Durian dan teringin mencubanya, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Ida Rosnita di Facebook ini.

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

RESIPI PANCAKE DURIAN

pancake durian

Bahan-bahan penyediaan kulit:

Bahan-bahan penyediaan inti:

Cara-cara:

1. Bancuh semua bahan penyediaan kulit dan tapiskan.

2. Dadarkan seperti kulit ketayap.

3. Mix krim putar dan gula aising sehingga kembang.

4. Letakkan krim putar dan isi durian, kemudian lipat dengan kemas.

5. Sejukkan dalam peti sejuk buat seketika. Siap untuk dinikmati!

pancake durian

Biasanya Pancake Durian dihidangkan sebagai pencuci mulut yang menarik dengan rasa dan aroma khas buah durian yang sangat menyelerakan.

Gabungan isi yang gebu di dalam dengan kulit yang lembut di luar menjadikan pencuci mulut ini begitu nikmat untuk dimakan bersama keluarga tersayang di rumah.

Anda boleh simpan pencuci mulut ini dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku dan boleh makan pada bila-bila masa yang disukai.

Sementara musim durian masih ada, inilah masa terbaik untuk anda cuba lebih banyak lagi resipi menarik dengan menggunakan durian di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Rosnita

Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN