Pak choy sos tiram antara menu sayur yang mudah dan cepat untuk disediakan. Cuma celur sayur dan tuang kuah ke atas sayur. Kemudian, sudah siap untuk dihidangkan.
Jika mahu tekstur sayur yang rangup dan sedap, jangan celur sayur terlalu lama. Ini rahsia yang membuatkan rasa masakan sayur ini lebih istimewa.
Jom belajar cara memasaknya seperti resipi di bawah yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar.
Baca juga: Resipi Sayur Peria Goreng Telur, Ini Tips Hilangkan ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan
RESEPI PAK CHOY SOS TIRAM
Bahan-bahan:
- Sayur siew park choy
- 2 sudu besar sos tiram
- 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar minyak bijan
- Air secukupnya
Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam kuali dan rebuskan sayur lebih kurang 1 minit. Angkat dan toskan. Kemudian susu ke atas piring.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sedikit air (untuk kuahnya). Kacau rata.
3. Bila dah mendidih, masukkan minyak bijan. Kacau dan masak sehingga kuah pekat sedikit. Barulah ditutup api.
4. Siramkan kuah tadi ke atas sayur dan boleh hiaskan dengan bawang putih yang telah digoreng.
5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar
Baca juga: Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Memang Berbaloi Kalau Buat Sendiri!