resepi kek pandan

Resepi kek pandan merupakan pencuci mulut yang mudah dibuat. Teksturnya yang lembut dan gebu juga menjadikan kek ini digemari ramai.

Ia juga tidak terlalu manis dan tidak mempunyai hiasan ekstra seperti ‘buttercream’ di atasnya yang membuatkan kek menjadi muak.

Di samping itu, kek pandan ini jug sesuai dibuat untuk hidangan keluarga. Boleh juga jika ingin disedekahkan kepada jiran-jiran. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Kek Marble Gebu Guna Sukatan Cawan, 1 Resipi Boleh Buat Pelbagai Perisa!

RESEPI KEK PANDAN GEBU

Bahan A:

  • 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
  • 65 gram minyak jagung
  • 90 gram susu segar
  • 1 sudu makan pandan paste
  • 70 gram tepung naik sendiri

Bahan B:

  • 5 biji putih telur gred A
  • 70 gram gula halus

Cara-cara:

1. Pukul telur menggunakan whisk tangan sehingga sebati.

2. Masukkan minyak jagung, susu bersama pandan paste dan kacau hingga sebati.

3. Ayak tepung dan kacau hingga halus elok. (Nak guna tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder dalam

1/2 sudu teh dan ayak sebati). Ketepikan seketika.

4. Dalam bekas lain, putar putih telur menggunakan mixer tangan atau mesin sehingga mula berbuih.

5. Kemudian, putar laju sambil letak gula sedikit demi sedikit. Naikkan lagi kelajuan sampai habis sehingga terbentuk soft peak, terus henti putar.

resepi kek pandan

6. Masuk dalam adunan tadi secara berperingkat. Sebatikan guna teknik kaup balik.

7. Gunakan loyang size 7×7 yang dialas dasar dengan baking paper. Bakar guna teknik waterbath (isi air panas dalam dulang).8. 30 minit pertama, bakar pada suhu 160°C dan selepas tu, buka oven dan tutup permukaan atas dengan aluminium foil.

8. Untuk elakkan dari hangit atau terlalu perang di atas. Bakar lagi 30 minit pada suhu 140°C.

9. Masa pembakaran mungkin berbeza sedikit ikut jenis oven sendiri. Selamat mencuba!

resepi kek pandan

Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus Basah-Basah Gebu, Guna Sukatan Cawan Pasti Jadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN