Rupanya ini resepi rahsia mi bandung yang sedap dan padu dari biasa. Sekali suap, dijamin akan nak makan berkali-kali!
Cara memasaknya juga tidak terlalu renyah seperti resipi lain. Yang penting, wajib sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.
Untuk mengetahui apakah bahan-bahan dan cara penyediaannya, mari kita sama-sama ikuti resipi perkongsian oleh Puan Fara Lome di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Masak Mee Jawa Simple Tapi Sangat Sedap, Kuah Pun Pekat Elok!
RESEPI MI BANDUNG
Bahan-bahan:
- Bawang putih 3 ulas
- Lada kering 2 sudu besar
- Sos tiram 1 sudu besar
- Sos cili 5 sudu besar
- Ayam/sotong/udang (udang WAJIB ada)
- Semangkuk air
- 1/2 kiub pati ayam
- Telur 1 biji
- Garam
- Gula
- Sayur kubis/sawi/lobak merah
- Mi kuning
- Daun sup
- Bawang goreng
- Ketuk cili padi
- Limau nipis
Cara-cara:
- Tumis bawang putih, lada kering, sos tiram dan sos cili.
- Kemudian, masukkan udang. Boleh juga tambahkan ayam dan sotong jika suka.
- Masukkan semangkuk air serta kiub ayam.
- Bila dah menggelegak, pecahkan telur dan perasakan dengan garam serta gula.
- Selepas itu, masukkan sayur kubis, sawi dan lobak merah.
- Akhir sekali, masukkan mi kuning dan biarkan seketika sebelum tutup api.
- Jika kuah tidak pekat, tambahkan lagi sos cili.
- Akhir sekali, taburkan daun sup, bawang goreng, cili padi dan perah limau nipis.
- Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fara Lome
Baca juga: Cara Buat Mee Rebus Terengganu Stail, 5 Minit Dah Siap Masak