apam lenggang

Jom cuba resepi apam lenggang yang mudah dan sedap. Kuih ini merupakan kuih orang zaman dulu-dulu yang jarang dijumpai sekarang.

Apam lenggang ini sangat sedap jika dicicah dengan kari ayam, sambal ikan bilis mahupun gulai masak lemak. Ada juga yang suka menikmatinya bersama bubur kacang.

Buat anda yang pertama kali mendengar nama kuih ini, apa kata jom cuba membuatnya di rumah. Ikuti saja resipi yang telah dikongsikan oleh Zainab Ibrahim di bawah.

Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!

RESEPI APAM LENGGANG

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan nasi sejuk
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur gred A @ 2 biji telur gred C
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu yis kering
  • Secubit garam

Cara-cara:

1.Satukan air dan nasi sejuk. Kisar sampai halus.

2. Kemudian masukkan gula, tepung gandum, tepung beras, telur, santan pekat, minyak masak, yis kering dan garam.

3. Kisar semua bahan dan biarkan selama 1 jam.

4. Bila adunan telah naik, bolehlah mula melenggang dalam kuali.

5. Lakukan hingga habis adunan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi dan gambar: Zainab Ibrahim

Baca juga: Resipi Apam Kampung Terlajak Gebu, 1 Adunan Boleh Buat Macam-Macam Perisa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN