Peminat tauhu wajib ada stok di dalam peti ais. Selain digoreng begitu sahaja, anda juga boleh mencuba resepi sambal tauhu yang mudah dan lazat ini.
Ia juga sesuai dihidangkan sebagai lauk sampingan untuk makan tengah hari atau makan malam. Sedap makan dengan nasi putih panas!
Baca juga: Tips Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama, Berminggu Pun Tak Rosak & Masam
RESEPI SAMBAL TAUHU
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tauhu petak biasa
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili padi
- Cili besar
- Tomato
- Gula
- Garam
Cara memasak:
1. Tauhu dibasuh dan dipotong kepada 2 bahagian. Kemudian goreng tauhu sehingga kekuningan. Angkat ke dalam pinggan dan ketepikan seketika.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, cili besar dan tomato.
3. Kemudian, tumis bahan kisar sehingga garing dan keluar minyak.
4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.
5. Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.
6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
MyResipi juga ingin kongsikan khasiat tauhu yang ramai tidak tahu. Antaranya adalah:
- Sumber protein yang baik
- Mengandungi lapan asid amino penting
- Sumber besi dan kalsium yang baik
- Mencegah osteoporosis
- Masalah rambut gugur
- Anti penuaan
- Mengandungi magnesium, tembaga, zink dan vitamin B1
- Mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung
- Mengurangkan paras kolestrol tepu (LDL) yang tidak baik untuk badan
- Membantu menurunkan berat badan
Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna
Baca juga: Cara Buat Tauhu Bergedil Berlauk Yang Lembut & Padat, Mudah Kukus Tanpa Acuan!