cara buat pisang goreng

Selalu beli Pisang Goreng dengan peniaga yang jual di tepi jalan, tiba-tiba terlintas di fikiran apakah cara buat Pisang Goreng yang digunakan sampaikan ia sangat sedap?

Sesiapa pun pasti menyukai kudapan ringan seperti Pisang Goreng yang sangat popular di Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura.

Cara membuatnya cukup mudah dengan hanya mencelup pisang ke dalam bancuhan tepung, kemudian digoreng dalam minyak masak sehingga kekuningan.

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

Sesetengah orang suka makan Pisang Goreng bersama cheese, ada juga yang suka cicah dengan sambal kicap. Makan satu saja tak cukup, pasti bertambah punya.

Apa saja pencicah, Pisang Goreng yang rangup tetap jadi kesukaan ramai. Oleh itu, tak hairanlah ramai yang cari resipi yang sedap.

Apa kata anda cuba cara buat Pisang Goreng yang dikongsikan oleh De LaiLa Abdullah di Facebook ini? Ia dijamin sedap dan rangup sampai ke petang!

CARA BUAT PISANG GORENG TANPA SERAP MINYAK

cara buat pisang goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Bancuh semua bahan kecuali pisang dalam satu bekas besar.

2. Tambahkan kelapa parut untuk rasa pisang yang lebih berlemak dan enak. Kerak-kerak itu adalah hasil daripada kelapa parut.

3. Potong pisang nipis-nipis atau mengikut ketebalan yang anda suka. Pisang yang dipotong nipis akan jadi lebih rangup.

cara buat pisang goreng

4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Celup pisang dalam bancuhan dan goreng sehingga garing dan kekuningan, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Jika bertanya tentang jenis pisang yang digunakan, anda boleh gunakan pisang raja atau pisang abu untuk membuat Pisang Goreng dengan rasa manis dan lazat.

Selain dimakan pada waktu pagi, Pisang Goreng juga enak dimakan pada waktu petang dan biasanya dihidang secara panas-panas.

Anda juga boleh gunakan cara buat Pisang Goreng ini untuk makanan lain seperti keledek, cempedak, keladi dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: De LaiLa Abdullah

Baca juga: Senarai Kuih Goreng Untuk Menu Minum Petang, Ramai Kata Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN