Resepi vadai ini salah satu cara yang mudah untuk dicuba. Memang sangat sedap jika dimakan sewaktu masih panas.
Kuih ini juga antara makanan tradisi masyarakat India yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ketika sedang menggoreng, baunya akan harum semerbak sehingga ke rumah jiran sebelah!
Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Eita Emi di bawah.
Baca juga: Cendawan Enoki Goreng Rangup, Makan Petang-Petang Memang Layan
RESEPI VADAI SEDAP DAN HARUM
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kacang dhal – beli anggaran RM1.50
- 1 biji bawang merah – potong dadu
- 1 sudu makan jintan manis
- 2-3 tangkai cili kering – potong kecil
- 3 tangkai daun kari – potong kecil
- Garam, gula dan perasa secukupnya
Cara-cara penyediaannya:
- Bersihkan kacang dhal dan rendam selama 3 jam.
- Ambil segenggam kacang dhal dan ketepikan. Selebihnya, kisar dengan sedikit air hingga hancur.
- Toskan airnya kemudian bolehlah digaul bersama bahan-bahan lain (bawang merah, jintan, cili kering, daun kari dan kacang dhal yang diasingkan tadi).
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
- Biarkan adunan selama 1 jam.
- Panaskan minyak dan goreng adunan vadai tadi hingga garing dan kekuningan.
- Angkat, toskan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Facebook EiTa EMi
Baca juga: Rempeyek Kacang Tanah, Resipi Tanpa Guna Air Kapur Tapi Tetap Rangup Elok!